Buletin HEPA 2023

hijau yang terletak di tengah-tengah Negeri Sembilan ini masih berpegang teguh pada adat warisan sejak zaman- berzaman. Elemen estetik inilah yang menjadikan Kuala Pilah terkenal sebagai pusat pelancongan kebudayaan dan seni warisan Adat Perpatih. Karya hasil kerjasama strategik ini diharapkan dapat memperkenalkan keistimewaan Kuala Pilah yang mencitrakan kekayaan budaya negara Malaysia. Manakala album USIM Taranum 5 Juara menampilkan qari USIM terdiri daripada pelajar, alumni dan pensyarah USIM yang telah menempa nama di pentas tilawah al-Quran hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bacaan al-Quran dalam album ini adalah alunan suara Dr. Anuar Hasin, Mohamad Husaini Mahmur, Muhammad Umar Syazuli, Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abdul Mohsin dan Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan.PenerbitanalbumUSIMTaranum 5 Juara ini bertujuanmenjaga kelestarian seni taranum ke peringkat yang tinggi ke dalam bentuk dokumentasi tersusun untuk rujukan masyarakat dan generasi masa depan. Album ini juga diharap mendidik masyarakat dan istiqamah menunaikan kewajiban sebagai insan berlandaskan al-Quran sebagai panduan hidup sejagat. Album USIM Taranum 5 Juara memuatkan 11 bacaan al-Quran yang dicetak menggunakan pemacu pena yang lebih mesra pengguna untuk memudahkan pendengar mendengar denganmenggunakan sebarang peranti. Sementara buku Kit Mahir Khat dan Jawi pula merupakan sebuah buku hasil kretiviti dankerja-kerjakreatifmahasiswa, alumni dan staf Pusat Kebudayaan USIM. Buku ini dihasilkan dalam dua siri iaitu siri pertama berkaitan Permainan Tradisional mengandungi lapan tajuk seperti permainancongkak, gasing, galah panjang dan beberapa lagi. Manakala siri kedua berkaitan Persembahan Seni Budaya juga mengandungi lapan tajuk seperti persembahan dikir barat, zapin pekajang, rebana ubi dan lain-lain lagi. 56

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=