Buletin HEPA 2023
USIM LANCAR TIGA PRODUK SENI BERBUDAYA 3 JUN 2023, PENTAS UTAMA, PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2023 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Kebudayaan sekali lagi mengangkat produk seni budaya sebagai ejen mendidik masyarakat dengan menerbitkan tiga buah produk iaitu Kit Mahir Khat dan Jawi, album ‘ USIM Taranum 5 Juara’ buku bertajuk ‘ Foto Jurnal: Kolo Pilah Di Sini Hati Den Terpaut’ . Penghasilan produk ini merupakan hasil kerja kreatif mahasiswa, alumni dan warga USIM yang bertujuan untuk mengangkat seni budaya Islam dan meluaskan capaian jaringan produk seni yang memenuhi kepatuhan syariah untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Majlis pelancaran bagi produk buku Kit Mahir Khat dan Jawi dan album ‘ USIM Taranum 5 Juara’ disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, manakala buku ’ Foto Jurnal: Kolo Pilah Di Sini Hati Den Terpaut’ dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung pada 26 Mei sehingga 4 Jun 2023. Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, IsmailAhmedberkata“penghasilan produk Seni Berbudaya merupakan sumbangan USIM kepada masyarakat untuk memperlihatkan bahawa seni budaya Islam mampu diterjemahkan melalui hasil karya yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat”. Ini juga bertepatan dengan saranan bagi mengukuhkan keterlihatan USIM di mata masyarakat di luar sana. Pada tahun ini, Pusat Kebudayaan USIM sekali lagi menjalinkan usahasama penerbitan bersama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) menerusi penerbitan buku ‘ Foto Jurnal: Kolo Pilah Di Sini Hati Den Terpaut’ . Secara ringkasnya, Buku ‘ Foto Jurnal: Kolo Pilah di Sini Hati Den Terpaut’ merakamkan keindahan dan kekayaan khazanah Kuala Pilah melalui koleksi foto sebagai fokus utama yang dijalinkan dengan naratif teks yang menyentuh emosi. Mengandungi 16 tajuk dan menerusi karya ini, pembaca dapat menyoroti spektrum unik seni budaya dan warisan tradisional, makanan tradisi, rekreasi dan alam sekitar, serta tokoh anak negeri yang menjadi lambang keunikan Kuala Pilah. Daerah saujana 55 Buletin HEPA 2023 GRADUAN USIM PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=