Buletin HEPA 2023

PELANCARAN CHAPTER ALUMNI TIMUR TENGAH DAN INDONESIA Pelancaran Chapter Alumni Timur Tengah bertempat di Millennium Makkah Al Naseem Hotel, Saudi Arabia telah dilancarkan secara rasmi oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Prof. Dato’. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani pada 14 Ogos 2023. “Tahniah dan sekalung penghargaan diucapkan atas pencapaianPusat Alumni dan Kerjaya atas pelancaran ini yang dilihat membuka peluang kerjasama dengan alumni luar negara”, ujarnya. Beliau turut menyampaikan sijil pelantikan kepada wakil Alumni Chapter Timur Tengah iaitu Dr. Idris Mukhtar yang kini berkhidmat di Islamic Corporation for the Development of Private Sector, Islamic Development Bank Group (IsDB). Dr. Idris Mukhtar yang berasal dari Nigeria merupakan alumni Doktor Falsafah Ekonomi pada tahun 2020. “Saya amat berterima kasih dan menghargai majlis jalinan hubungan seperti ini terutama kepada Pengurusan Universiti dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM). Sayabolehkatakan, FEM merupakan antara fakulti terbaik kerana penawaran program-program sangat memberi nilai yang bagus serta peranan penyelia yang sangat menyokong dan membantu kelancaran pembelajaran semasa pengajian. Alhamdulillah, kini berjaya bergelar graduanUSIMwalaupun menghadapi pelbagai liku dan cabaran,” ucap Dr. Idris. Turut hadir YBrs. Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni); Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar, Hj. Mazlan Nawang, Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya serta Pegawai Pengurusan Alumni, Puan Nurliyana Mohamed Razali. Pelancaran Chapter Timur Tengah berlangsung dalam majlis The 10th International Islamic Economic System Conference (I-iECONS 2023) anjuran Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM). Pelancaran Chapter Alumni Indonesia di majlis makan malam berlangsung di Malaysia Hall, Menteng Jakarta Selatan telah dihadiri seramai 28 orang alumni 53 Buletin HEPA 2023 GRADUAN USIM PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=