Buletin HEPA 2023
USIM MYNEXT SPECIAL AWARD USIM telahmenerima anugerah khas dari National Structured Internship Program (MySIP) , Talent Corpmelalui penganjuran majlis MYSIP Appreciation Award yang diadakan pada 23 November 2023 di KL Sentral. Anugerah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia ini dinobatkan kepada USIM di atas penglibatan yang konsisten dan proaktif oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsiK), Pusat Hal Ehwal Pelajar dalam memastikan pelajar USIM mempunyai akaun dan mengisi profiling MyNEXT mengatasi institusi pengajian tinggi selain Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang turut diberikan penghargaan yang sama. Sejak tahun 2021, USIM secara rasmi telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Talent Corp untuk menggunakan profiling MyNEXT secaramandatori kepada semua pelajar. Usaha ini telah dipertingkatkan dari tahun ke tahun hingga kini sebanyak 9265 orang pelajar telah melengkapkan profiling tersebut melalui modul Taaruf Online bagi semua pelajar tahun 1 yang baru mendaftar. Melalui profiling MyNEXT para pelajar dapat merencana hala tuju kerjaya sejak dari tahun pertama pengajian sebagai salah satu usaha yang progresif dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsiK), Pusat Hal Ehwal Pelajar dalam melahirkan graduan yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi sekaligus menjulang keterlihatan USIM. 51 Buletin HEPA 2023 GRADUAN USIM PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=