Buletin HEPA 2023
PENUBUHAN STUDIO HEP Sejak penularan COVID-19, norma baharu telah dilaksanakan termasuklah gaya pembelajaran serta perlaksanaan program-program pelajar yang dijalankan secara dalam talian melalui tayangan siaran langsung dan juga pra rakaman. Hal ini memerlukan para pelajar menyediakan kelengkapan yang canggih dan menelan belanja yang tinggi bagi memenuhi keperluan dan objektif pembelajaran. Ini termasuklah menyediakan peralatan elektronik seperti telefon pintar yang mempunyai kameraberkualiti tinggi sertapenyediaan lokasi penggambaran yang lengkap dan kondusif. Sehingga kini, sebanyak 57 buah kelab dan persatuan telah didaftarkan di bawah Pusat Hal Ehwal Pelajar. Oleh yang demikian, dengan hasil sumbangan daripada Pusat Wakaf dan Zakat, USIM, inisiatif ini telah dilaksanakan bagi menyediakan studio rakaman yang mempunyai kelengkapan digital untuk kegunaan pelajar USIM secara amnya dan ahli-ahli kelab serta persatuan pelajar di dalam USIM khususnya. Inisiatif ini diambil bertujuan memberi kemudahan kepada para pelajar untuk menjalankan programdan pembelajaran secara digital tanpa mengeluarkan kos yang tinggi di samping dapat mencapai objektif program serta memenuhi kehendak pembelajaran mereka. Disamping itu juga, studio ini dibangunkan untuk memastikan hebahan maklumat kepada pelajar dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan menyeluruh terutamanya hebahan maklumat bantuan serta perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar USIM. 50
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=