Buletin HEPA 2023

Selain dari memfokuskan kepada penyer l ahan persona l i t i unggul mahasiswa, Hal Ehwal Pelajar danAlumni juga telahmenetapkan sembilan (9) lagi pelan bagi pembangunan, kebajikan, kerjaya serta keusahawanan mahasiswa USIM. Sembilanpelanstrategikyang telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun ke depan sehingga tahun 2025 adalah seperti berikut: i. 100 peratus graduan memperolehi Skor GIINAmencecah atau melebihi 50 peratus. ii. 80 peratus graduan memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam (6) bulan selepas menamatkan pengajian. iii. 5 peratus graduan menceburi keusahawanan dalam tempoh enam (6) bulan selepas menamatkan pengajian. iv. Pemantapan Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA). v. Pemerkasaan Kemahiran Insaniah Mahasiswa vi. Menghasilkan ikonmahasiswa USIM sebagai Pempengaruh (influencers) masyarakat vii. Menghasilkan minimum seorang graduan USIM membina kerjaya di luar negara setahun selepas bergraduasi viii. Meningkatkan kerjasama industri bagi Program Keusahawanan Mahasiswa. ix. Membina impak menerusi Tabung Bantuan Anak Yatim (BAYU). Sekalung tahniah dan penghargaan dipanjangkan kepada para ibu bapa yang tidak pernah jemu memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak sehingga mereka berjaya menggenggam segulung ijazah bagi digunakan untuk membantu ekonomi dan taraf hidup keluarga. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada barisan para pensyarah, guru, pembantu dan pentadbir yang turut bertungkus lumus tanpa putus asa menyumbang ilmu, tenaga dan wang ringgit dalam memast ikan set iap perancangan program dan akademik para pelajar USIM tidak terjejas. Kepada anak-anak graduan yang bakal keluar untuk masuk ke alam kerjaya, gunakan ilmu yang telah di perolehi di kampus ini samada ilmu akademik atau kemahiran insaniah melalui pelaksanaan dan penglibatan di dalam program kampus untuk terus berjaya di alam kerjaya. Dengan tekad yang bulat dan semangat yang jitu, sumbangkanlah segala ilmu yang dipelajari, kemahiran yang ditekuni, pengalaman yang ditimba, pengetahuan yang dijana dan nilai budi yang disemai walau dalam kapasiti apapun anda berada, walau di posisi manapun anda bergelanggang. Sumbangan serta dedikasi anda selaku duta-duta kecil USIM akan menyerlahkan produk USIM sebagai graduan cemerlang yang menyumbang dalam berbagai aspek kehidupan, seterusnya mengukuhkan lagi reputasi USIM dalam kalangan masyarakat sebagai universiti yang disayangi. Syabas dan tahniah sekali lagi! 5 Buletin HEPA 2023 GRADUAN USIM PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=