Buletin HEPA 2023
PENUBUHAN MYPEERS MyPeers adalah merupakan kelompok pelajar yangsecara sukarelamenawarkan diri untuk menjadi pembimbing rakan siswa. Mereka berfungsi sebagai rakan siswa yang dapat memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan bimbingan samada dalam aspek pembelajaran, aktiviti kemahasiswaan, kerjaya, sosial dan kesihatan mental. Penubuhan MyPeers pada awalnya adalah berdasarkan kepada keperluan untuk membantu para pelajar ketika berlakunya pandemik COVID 19 dan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020. Dalam tempoh PKP ramai pelajar yang terkesan dari segi emosi dan dalam masa yang sama tertekan dengan kaedah pembelajaran secara dalam talian. Selain itu dengan adanya MyPeers diharap sedikit sebanyak dapat membantu pelajar yang mempunyai isu kesihatan mental. Ekoran dari itu, pihak Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Pusat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan telah melatih MyPeers yang menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi pembimbing rakan siswa yang dikenali sebagai Buddies ketika itu. Antara kursus yang telah dijalankan adalah Bengkel Psychological First Aid (PFA), Kemahiran Asas Membimbing, Coping Strategies dan Etika Seorang Pembimbing. Sehingga kini keahlian MyPeers adalah seramai 53 orang. Pada 5 Oktober 2023 MyPeers telah dilancarkan secara rasminya oleh YBrs. Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Ia disaksikan oleh pelajar baharu Sarjana Muda ketika Minggu Taaruf Sarjana Muda Sesi Akademik 2023/2024 yang lalu. Dengan wujudnya MyPeers sebagai perantara di antara kaunselor dan pelajar sedikit sebanyak dapat membantu dalam aspek kesihatan mental secara khususnya dan isu kemahasiswaan secara amnya. Barisan Pimpinan MyPeers Pelancaran MyPeers 49 Buletin HEPA 2023 GRADUAN USIM PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=