Buletin HEPA 2023

PENGIKTIRAFAN DAN INOVASI PHEP PROGRAM MENTAL HEALTH AWARENESS (MEHASS) DAY BulanOktober telahdiisytiharkansebagai Bulan Kaunseling Kebangsaan selaras dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun. Ia adalah salah satu usaha yang membantu meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental kepada masyarakat di samping membuang stigma “takut berjumpa dengan kaunselor’ dan kaunseling hanya untuk mereka yang mengalami gangguan mental sahaja. Justeru, bersempena dengan Bulan Kaunseling Kebangsaan dan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada bulan Oktober, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Pusat Hal Ehwal Pelajar mengambil inisiatif menganjurkan beberapa program termasuk pelancaran Bulan Kaunseling Peringkat USIM yang telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM pada 13 Oktober 2023 bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan USIM. Selain itu pementasan Teater AMUK yang buat julung kali diadakan, ceramah motivasi, bengkel Psychological First Aid (PFA), ujian psikologi dan pameran kesedaran kesihatan mental. Pada kali ini program ini diadakan dengan kerjasama Pusat Kebudayaan dan Pusat Kesihatan Universiti. Perasmian Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat USIM 2023 Teater AMUK MeHASS Day 48

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=