Buletin HEPA 2023

U niversiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah memasuki dekad yang ketiga pada tahun 2023 sejak ditubuhkan pada tahun 2000. Setelah lebih dua (2) dekad ditubuhkan dan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke-21 pada tahun ini, seluruh warga Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) USIMmengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua graduan yang akan menerima segulung ijazah sebagai penguat semangat untuk mengharungi alamkerjayaataumungkinmenyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Setelah lebih dua (2) tahun pengalaman buruk seluruh dunia berdepan dengan pandemik COVID-19 yang banyak merencatkan aktiviti fizikal, pada tahun 2023 ini telah dibuka semula pintu untuk parapelajarmenjalankanpelbagai aktiviti di luar dari kuliah termasuk aktiviti Global Islamic Students Outreach (GISO). GISO yang merupakan aktiviti melibatkan pelajar untuk ke luar negara telah dibuka semula bermula awal tahun 2023 ini dengan aktiviti pertama melibatkan pelajar seramai 21 orang pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang telahmengadakan GISO di Korea Selatan selama 8 hari. PENYERLAHAN PERSONALITI UNGGUL MAHASISWA Untuk rekod juga, sehingga bulan November 2023, sebanyak 9 aktiviti GISO telah diadakan oleh pelajar USIM melibatkan 5 buah negara seluruh dunia. Selain GISO, pelajar USIM juga telah berjaya menjalankan program Semarak SiswaMadani (SSM) atau Jaulah Kesukarelawanan yang memfokuskan aktiviti kesukarelawanandi dalamnegara melibatkan tiga (3) kategori iaitu Negeri, Daerah dan juga Kejiranan. Bermula dari tahun 2023 ini juga, HEPA USIM telah memfokuskan untuk memperkasakan keberadaanmahasiswa sepanjang tempoh pengajian dan direncana secara komprehensif serta holistik bermula dari minggu orientasi sehingga ke kehidupan seharianmereka sepanjang tempoh pengajian samada 4, 5 atau 6 tahun di USIM. Antara projek yang dirancangkan di bawah program ini: • Penumpuan kepada a s pe k pengukuhan personaliti dalam minggu orientasi pelajar. • Penambahbaikanmodul dan kaedah pelaksanaanHalaqah/Liqa’ Mingguan supaya lebih menarik dan menguja. • Pemerkasaan aktiviti Ko-Kurikulum berkredit dan tidak berkredit sebagai wadah membentuk personaliti unggul mahasiswa USIM. • Pemerkasaan institusi masjid sebagai pusat pengukuhankerohanianpelajar dan warga USIM. • Pembentukan persekitaran barakah dalam kampus sebagai instrumen pendidikan personaliti mahasiswa. Setiap staf adalah pendidik. Penumpuan kepada projek-projek ini adalah diharap agar dapat membina persepsi positif terhadap program pengajian yang ditawarkan di USIM serta graduan yang dihasilkan seterusnya memb i na keyak i nan te rhadap sumbangan USIM kepada masyarkat dan ummah dalamkalangan pemegang taruh. 4

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=