Buletin HEPA 2023
231 SISWA DIPILIH SEBAGAI PENERIMA PROGRAM PEMBANGUNAN SISWA SULUNG (SULUNG) 2.0 USIM Seramai 231 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah terpilih sebagai penerima Program Pembangunan Siswa Sulung (SULUNG) 2.0 USIM pada 3 Oktober 2023. Kumpulan pelajar ini terdiri daripada 181 orang pelajar sedia ada dan 50 orang pelajar baharu mendaftar di USIM. Program ini telah berkuatkuasa mulai Semester I, Sesi Akademik 2023/2024. Program SULUNG 2.0 ini menyediakan peluang dan pembiayaan pendidikan kepada generasi pertama daripada keluarga B40 yang belum ada ahli keluarga melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi untuk menyambung pengajian mereka di universiti awam. Program ini telah dilaksanakan secara rintis oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mulai Semester I, Sesi Akademik 2022/2023 yang melibatkan seramai 75 orang pelajar dan lapan buah universiti awam dengan implikasi kewangan berjumlah RM5.3 juta meliputi semua bayaran yuran universiti, kos/yuran penginapan dan elaun sara hidup sepanjang tempoh pengajian pelajar. Berbanding Program SULUNG 1.0, program kali ini memberikan manfaat pengecualian yuran universiti sepanjang pengajian(kecuali yuran/kospenginapan, kos sara diri dan lain-lain caj/bayaran yang dikenakan oleh agensi luar ke atas pengajian) dan pembangunan insaniah & sokongan akademik dan kaunseling. Kohort pertama Program SULUNG terdiri daripadapelajardalambidangperubatan, pergigian, kejuruteraan, undang-undang, perakaunan dan perniagaan serta Teaching English as a Second Language (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis. Mengambil kira pertimbangan kemampanan kewangan jangka masa panjang dan potensi perluasan program ini kepada lebih ramai pelajar, KPT telah menambah baik kaedah pelaksanaan ProgramSULUNGbermulaSesiAkademik 2023/2024. Dalam konteks ini, program berkenaan dijenamakan semula kepada sebagai Program SULUNG 2.0 dan telah diperluaskan kepada pelajar daripada semua bidang pengajian di 20 universiti awam. 39 Buletin HEPA 2023 GRADUAN USIM PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=