Buletin HEPA 2023
JPMPP USIM LAFAZ IKRAR DAN LANCAR LOGO RASMI Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar USIM Sesi Akademik 2023/ 2024 pada 23 Oktober 2023 bertempat di Dewan Senat USIM. Watikah pelantikan tersebut telah disampaikan oleh Naib Canselor USIM, Yang Berbahagia Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dan diiringi oleh TimbalanNaibCanselor (Hal EhwalPelajar danAlumni),ProfesorDr.AdnanMohamed Yusoff dan Pengarah PHEP, Encik Md. Ishah Rahman. Cadangan penubuhan JPMPP USIM adalah bertujuan untuk memberikan peluang serta kepercayaan kepada pelajar sepenuhnya untuk melaksanakan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar berdasarkan kepada tanggungjawab untuk merancang, mentadbir, menyelaras dan mengawal selia proses pelaksanaan pemilihan MPP dan seterusnya menyokong Agenda Pemerkasaan Mahasiswa yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Naib Canselor USIM telahmenyampaikan ucapan tahniah dan syabas kepada JPMPP USIM kerana sudi menyahut seruan pengurusan universiti dan pihak KPT dalam merealisasikan agenda pemerkasaan mahasiswa di USIM. Beliau turut berharap agar JPMPP USIM dapat memberikan komitmen penuh dalam pengurusan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang akan diadakan pada 5 Disember 2023. Bacaan ikrar pelantikan JPMPP USIM telah diketuai oleh Pengerusi JPMPP USIM Sesi Akademik 2023/204, Saudara Ahmad Muslimin Halim dan seramai 25 orang ahli JPMPP USIM telah melafazkan ikrar untuk menunaikan amanah sebagai ahli JPMPP dengan cekap, bertanggungjawab dan berintegriti. Selain itu, logo rasmi JPMPP USIM telah dilancarkan buat julung kalinya dan logo tersebut melambangkan sokongan penuh terhadap hasrat KPT untuk keberhasilan agenda pemerkasaan mahasiswa agar pelajar diberikan lebih banyak tanggungjawab dan ruang membuat keputusan dalam kebersamaan merealisasikan hala tuju pendidikan tinggi negara. 36
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=