Buletin HEPA 2023
dilantik adalah bertanggungjawab untuk menguruskan hal-ehwal berkaitan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sepenuhnya. JPMPP USIM telah diberikan latihan dan pendedahan berkenaan tugas dan perjalanan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar setelah dilantik. Bengkel dan program team building telah dijalankan pada 15 – 17 September 2023 di USIM dan pusat latihan di Selangor. Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Hirman Awang @ Semail, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi. Turut hadir untuk memberikan semangat dan motivasi kepada JPMPP USIM adalah Yang Berusaha Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan beliau telah menyampaikan satu slot khas bertajuk “Penyerlahan Personaliti Unggul dalam Aspek Kepimpinan Pelajar”. Pelantikan JPMPP USIM ini diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar mempelajari selok- belok pengurusan program dan proses pemilihan pemimpin di universiti. 35 Buletin HEPA 2023 GRADUAN USIM PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=