Buletin HEPA 2023
USIM LANTIK 25 PELAJAR ANGGOTAI JAWATANKUASA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USIM BUAT JULUNG KALINYA Merujuk kepada amanat YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi bersempena Majlis AmanatMenteri PendidikanTinggi Tahun 2023, beliau berhasrat agar pemerkasaan mahasiswa mesti dilihat dalam konteks yang lebih besar dan mahasiswa diberi lebih banyak tanggungjawab dan ruang membuat keputusan. Justeru, Universiti Sains Islam Malaysia buat julung kalinya telah melantik 25 orang pelajar untuk menganggotai Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar USIM (JPMPP USIM) Sesi Akademik 2023/2024. Jawatankuasa ini merupakan sebuah badan berkecuali daripada mana-mana entiti dan persatuan. Jawatankuasa ini dianggotai sepenuhnya olehmahasiswaUSIMyangdilantiksecara rasmi oleh Naib Canselor USIMmengikut Peraturan-Peraturan Pemilihan MPP 2011 (Pindaan 2023), Bahagian III, Peraturan 7, Subperaturan (1). Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan kebebasan kepada mahasiswa dalam membantu menguruskan universiti, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar telah dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (JPMPP USIM) bagi melaksanakan keseluruhan gerak kerja berkaitan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) mulai tahun 2023. Cadangan agenda pemerkasaan mahasiswa tersebut tercetus daripada usul yang dibentangkan oleh wakil kepimpinan mahasiswa yang diketuai oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK). Hasrat ini telah disambut baik oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memberikan autonomi kepada pelajar dalam menguruskan hal ehwal mahasiswa. Pemilihan JPMPP USIM telah dijalankan sekitar pertengahan tahun 2023 dan nama-nama pelajar yang dicadangkan melaluiDewanSyuraSiswaUSIM. Tempoh pelantikan JPMPP USIM adalah selama enam (6) bulan mulai 1 September 2023 hingga 29 Februari 2023 dan sepanjang tempoh pelantikan, pelajar-pelajar yang 34
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=