Buletin HEPA 2023

AGENDA PEMERKASAAN MAHASISWA FASA 1 Cadangan Agenda Pemerkasaan Mahasiswa tercetus daripada usul yang dibentangkan oleh wakil kepimpinan mahasiswa yang diketuai oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK). Hasrat ini disambut baik oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dan memberikan autonomi kepada pelajar bermula pada tahun 2019 dalam menguruskan hal ehwal mahasiswa. Dalam Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada 30 Januari 2023, Pemerkasaan Mahasiswa adalah merupakan salah satu azam yang akan diberikan keutamaan. Menurut beliau, “Secara asasnya, pemerkasaan mahasiswa mesti dilihat dalam konteks yang lebih besar. Memberi lebih banyak tanggungjawab dan ruang membuat keputusan adalah salah satu daripadanya”. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Awam telah melaksanakan Agenda Pemerkasaan Mahasiswa Fasa 1 yang melibatkan 4 agenda utama: 1. Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar 2. Autonomi pengurusan aktiviti pelajar 3. Autonomi pengurusan kewangan pelajar 4. Panduan pelajar berpolitik di dalam dan luar kampus USIM telah merealisasikan pelaksanaan keempat-empat agenda yang dihasratkan. Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah dengan penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) di kalangan pelajar yang telah menguruskan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sepenuhnya mulai tahun 2023. Prosedur Operasi Standard berkaitan autonomi pengurusan aktiviti pelajar, pengurusan kewanganpelajar danpanduanberpolitik oleh pelajar juga telah dibangunkan dan diikuti dengan pelaksanaannya secara berperingkat mulai tahun 2023 ini. 33 Buletin HEPA 2023 GRADUAN USIM PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=