Buletin HEPA 2023
W arga Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Tan Sri Dr. Nik Norzrul Tahani Bin N.Hassan Thani atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bermula pada 1 Oktober 2023 sehingga 30 September 2026. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM telah mengadakan pertemuan pertama dengan YBhg. Tan Sri pada 24 Oktober 2023 yang bertujuan untuk memperkenal serta memberi penerangan berkaitan organisasi dan hala tuju MPP USIM. Antara perkara yang telah dibincangkan bersama YBhg. Tan Sri adalah:- i. Pengenalan MPP USIM serta carta organisasi ii. Hala tuju MPP USIM sesi akademik 2022/2023 iii. Gerak kerja MPP USIM sesi akademik 2022/2023 iv. Pemerkasaan mahasiswa seiring hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) v. Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi akademik 2023/2024 vi. Penetapan Latihan Industri Pelajar USIM di sektor korporat dan Government Link Company (GLC) TAHNIAH!!! Pengerusi LPU juga menyatakan hasrat agar barisan MPP USIM dapat terus menjayakan agenda pemerkasaan mahasiswa dengan lebih hebat agar martabat dan nama USIM terus dilonjakkan seiring dengan universiti- universiti utama negara yang lain walaupun USIMmasihmudadi dalamsektor pendidikan tinggi negara. Turut hadir bersama di dalam pertemuan Pengerusi LPU dan MPP ini adalah YBhg. Prof. Ts. Dato’ Dr. Sharifuddin Md Shaarani, Naib Canselor USIM, YBrs. Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIMdan EncikMd. Ishah Rahman, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar. 3 Buletin HEPA 2023 GRADUAN USIM PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=