Buletin HEPA 2023
N ama Hassan bin Unus atau Semporna Prihatin tidak asing lagi pada masyarakat Semporna, Sabah. Merupakan aktivis yang sangat aktif membantumasyarakat di sekitar Negeri Sabah terutama di Daerah Semporna. Ini terbukti semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak 12 ribu bakul makanan telah berjaya diagihkan kepada penduduk di 28 buah pulau dan 100 buah kampung di sekitar Semporna. Insan hebat ini adalah merupakan anak kelahiran Semporna, Sabah yang juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Hassan merupakan pelajar yang sangat aktif semasa bergelar mahasiswa USIM malahmendapat tajaanbiasiswadaripada KerajaanNegeri Sabah semasa pengajian di USIM. Beliau bergiat aktif dalam program yang berkaitan keusahawanan sehingga dilantik sebagai Bendahari Koperasi Siswa (KOSISWA) USIM, Ketua Projek Kshoppe untuk kelab MyAgrosis USIM, usahawan USIM di bawah Pusat Keusahawanan Universiti, mewakili USIM ke Alibaba Hangzhou Cina dalam Youth E-Commerce Program selama 11 hari yang ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Selain itu, beliau jugamempunyai 4 jenis perniagaan semasa bergelar mahasiswa. Suatu kejayaan yang jarang dimiliki oleh mahasiswa universiti. Hassan terus melakar kejayaan dengan menubuhkan syarikat pelancongan, pengangkutandanpenginapan iaituUZT Travel & Tours Sdn. Bhd. Selain itumenjadi pengasas kepada Social Enterprise dan NGO “Semporna Prihatin”. Beliau banyak memfokuskan kepada kerja-kerja amal IKON ALUMNI KEUSAHAWANAN USIM HASSAN UNUS dan aktiviti kesukarelawanan melalui “Semporna Prihatin” seperti pemberian bakul makanan, menubuhkan dua buah sekolah secara percuma untuk anak- anak asnaf terpinggir di Semporna, mewujudkan tujuhbuahpusat pengajian asas fardhu ain dan kelas mengaji di lima pulau pedalaman Semporna. Beliau juga memperkenalkan program Mencipta Selembar Harapan untuk tujuh buah sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah luar bandar mendapat bantuan kecemerlangan akademik dan kokurikulum daripada Etiqa Takaful. Kewajipan sebagai seorang muslim untuk menyantuni golongan terpinggir ini wajar kita sahut dan penuhi seruan ini sebagai satu jalan jihaduntukmenempah syurga Allah SWT. Itulah kata-kata azimat yang sering disemat oleh beliau dan menjadi asas kepada usaha beliau selama ini. Atas sumbangan yang besar kepada masyarakat itu jugalah beliau telah terpilih menjadi Ikon Sukarelawan 13 Buletin HEPA 2023 GRADUAN USIM PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=