BULETIN HEPA 2022

BIOGRAFI Anis Syahira Binti Suhaimi merupakan seorang lagi penerima Anugerah Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) Majlis Konvokesyen kali ke-20 Universiti Sains Islam Malaysia. Merupakan graduan Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian dalam bidang Keselamatan dan Jaminan Maklumat. Dilahirkan di Besut, Terengganu pada 17 November 1999 dan kemudiannya dibesarkan di Ampang, Selangor. Beliau merupakan anak perempuan sulung dalam adik beradik. Penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam ini juga gemar bermain badminton ketika waktu lapang. Beliau kini berkhidmat sebagai Eksekutif IT di Fairview International School, Kuala Lumpur dan dalam masa yang sama merupakan tenaga pengajar IT yang mengajar subjek Design and Technology yang berteraskan International Baccalaurette Syllibus. Menyentuh tentang rahsia kejayaannya selama ini, Anis berkongsi motto kehidupan yang tidak pernah dilupakan dalam setiap perkara yang dilakukannya. “Give your best to everything because effort is far more valuable than excellent result” LATAR BELAKANG PENDIDIKAN  Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) PNGK 3.85  Tamhidi Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia PNGK 3.60  Sijil Pelajaran Malaysia Sekolah Berasrama Penuh Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu PENCAPAIAN DAN PENGLIBATAN  Jelajah Sukarelawan Daerah Rembau (2022)  Unit Latihan Pembangunan Mahasiswa (ULPM) (2018 – 2022)  E-Gaming Content Development Virtual Workshop 2022 (Peserta)  Hackathon Workshop: Aturkreatif 2021 (Peserta)  Information Security & Assurance Seminar (Pengacara Majlis)  Ericsson Innovation Awards Competition & Raising Star Agri-Food Innovation Challenge (Peserta)  Intervarsity Young Motivator Competition (IMAC) Peringkat USIM (Peserta)  Pesta Konvokesyen USIM kali ke-19 (Krew)  Python Programming Workshop (Peserta)  ICT Click Programme Bersama Sekolah- sekolah Rendah dan Menengah sekitar Nilai, Negeri Sembilan (Krew)  Exco Multimedia Jawatankuasa Siswa Siswi Kolej Kediaman Satu (JAKSA) 2019  Adobe Premiere Pro-Workshop 2019 (Pengarah) GRADUAN TERBILANG ANIS SYAHIRA SUHAIMI 9 Buletin HEPA 2022 GRADUAN CEMERLANG, USIM DISAYANGI

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=