BULETIN HEPA 2022
ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) Majlis Konvokesyen USIM kali ke-20 Anugerah Tokoh Fakulti Ekonomi dan Muamalat 2022 Anugerah Akademik Terbaik (SMPKI) 202 2 Anugerah Tokoh Kepimpinan Fakulti Ekonomi dan Muamalat 2021 Anugerah Kepimpinan Wacana Intelek Fakulti Ekonomi dan Muamalat 2021 ‘GRADUAN TERBILANG, USIM DISAYANGI’ “Seperti yang kita ketahui, USIM yang menekankan pendidikan berkonsep integrasi ilmu Naqli dan Aqli telah berjaya melahirkan ramai golongan profesional yang menjadi menyumbang dalam pelbagai industri di negara ini. Konsep integrasi ilmu Naqli dan Aqli juga telah berjaya melahirkan mahasiswa yang cemerlang dan mampu berdaya saing bukan sahaja di dalam negara, bahkan di peringkat antarabangsa. Kejayaan USIM untuk menghasilkan graduan-graduan yang berkualiti menimbulkan keinginan untuk mereka menyumbang semula kepada USIM kerana rasa cinta dan sayang terhadap bumi kampus barakah ini.” TRIVIA Suka melakukan perkara lain daripada yang lain berbanding pelajar-pelajar lain dan jadikan kelainan itu sebagai batu loncatan untuk berjaya. Tidak mudah terpengaruh dengan pandangan orang lain dalam sesuatu perkara. Aktif menyertai program antarabangsa sejak semester 1 dan pernah menjadi pembentang termuda dalam pembentangan kajian di Indonesia. Merupakan anak jati Nilai dan anak kakitangan USIM. Merupakan peminat setia siri Ultraman. Sangat menggemari masakan gulai masak lemak cili api dan tak bersemangat nak teruskan aktiviti seharian jika tidak pekena gulai masak lemak dalam sehari. “Saya berharap kepada para Graduan agar dapat terus menyemai bakti kepada Bumi Barakah USIM ini walaupun telah bergelar alumni, kerana di bumi inilah kita belajar mengenal erti kehidupan dan membina masa hadapan. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi kan dikenang, apatah lagi tempat menimba ilmu”. 8
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=