BULETIN HEPA 2022

lain yang turut segar dalam diri sepanjang tempoh ini. Lebih dari itu, aspek akhlak terpuji dan personaliti unggul yang menjadi teras dalam pembangunan mahasiswa holistik seperti dirangka dalam Pelan Pendidikan Tinggi Negara sangat subur menyerlah pada diri setiap graduan. Apa tidaknya, sepanjang tempoh PKP ini, rasa simpati, empati dan prihatin kepada rakan, keluarga dan warga yang terjejas, sikap saling membantu dan berkorban bagi memberikan sokongan kepada mereka, semangat kesukarelawanan dan kesetiakawanan demi memastikan keperluan asas mereka dapat dipenuhi, nilai keusahawanan dan kebersungguhan bagi meneruskan kelangsungan hidup, rasa tanggungjawab dan patuh kepada arahan dan prosedur operasi standard (SOP) demi mengawal penularan wabak menjadi lebih serius, semua ini dan berbagai nilai personaliti mulia lain seperti sabar, reda, tawakal, syukur, insaf, ikhlas, disiplin dan sebagainya menjadi teras kehidupan setiap individu sepanjang tempoh PKP lalu, lebih-lebih lagi seorang mahasiswa atau mahasiswi universiti. Mengimbau solidariti bersama, kesepaduan saf dan sifat ta’awun alal birr wat taqwa dalam konteks pembangunan jati diri pelajar di USIM, masih jelas terakam dalam memori, bagaimana para graduan semua tabah dan sabarmenghadapiujianini, salingmembantu dalam meneruskan kehidupan dengan norma baharu di kampus, berkesukarelawan dalam menyampaikan bantuan terutama makanan, minuman, ubat-ubatan dan keperluan asas lain kepada rakan-rakan terjejas, berdisiplin dan bekerjasama dalam mematuhi SOP dari semasa ke semasa dan turun padang bersama pengurusan universiti menyantuni masyarakat sekitar umumnya, walau dalam keadaan kawalan pergerakan masih berkuat kuasa dengan ketat. Senario ini semua dari perspektif positif merupakan anugerah daripada Allah SWT kepada para graduan sebagai sebahagian daripada proses pembinaan kapasiti dan jati diri yang jarang diperolehi oleh generasi kini. Walau apapun pangkat dan tahap pencapaian yang tercatat pada lembaran ijazah anda, yakinlah bahawa dengan kejayaan menempuhi situasi penuh mencabar itu, sehingga berjaya menaiki pentas konvokesyen pada hari ini merupakan suatu manifestasi terhadap sebuah hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa anda semua adalah graduan cemerlang USIM! Yakinlah bahawa anda semua mempunyai nilai jati diri unik dan ampuh yang diperlukan oleh masyarakat, negara dan ummah sejagat. Kehadiran anda dalam masyarakat dan komuniti sedang dinanti-nanti. Kemunculan anda sebagai penggerak dan pemimpin agenda rakyat sedang ditunggu. Keterampilan dan keperibadian anda bakal menjadi ikutan anak muda pewaris bangsa. Kreativiti dan kegigihan anda membawa perubahan dan pembaikan kepada umat bakal mencetus fenomena ke arah kebaikan dan kemajuan. Pengurniaan sijil kepada anda hari ini dengan limpah perkenan oleh Yang Teramat Mulia Tuanku Canselor ibarat pentauliahan kepada anda semua untuk terus turun padang berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Dengan tekad yang bulat dan semangat yang jitu, sumbangkanlah segala ilmu yang dipelajari, kemahiran yang ditekuni, pengalaman yang ditimba, pengetahuan yang dijana dan nilai budi yang disemai walau dalam kapasiti apapun anda berada, walau di posisi manapun anda bergelanggang. Suasana, cabaran dan tuntutan kehidupan era pasca pandemik memerlukan modal insan yangmempunyai ciri serta karektor dan karisma seperti anda, agar dapat membawa perubahan dan mewarnai kehidupan ke arah membina kembali sebuah tamadun berpaksikan tauhid, berpandukan syariah dan berpayungkan wahyu daripada Quran dan Sunnah. Sumbangan serta dedikasi anda selaku duta-duta kecil USIM akan menyerlahkan produk USIM sebagai graduan cemerlang yang menyumbang dalamberbagai aspek kehidupan, seterusnya mengukuhkan lagi reputasi USIM dalam kalangan masyarakat sebagai universiti yang disayangi. Syabas dan tahniah sekali lagi! Ayuh bersama kita realisasikan semangat majlis konvokesyen kali ini ‘Graduan cemerlang, USIM disayangi’! 6

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=