BULETIN HEPA 2022
Tinggi (KPT) serta agensi terlibat, terutama dalam aspek kawalan mutu, sistem, serta proses penyampaian akademik seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta badan-badan profesional yang mengawal selia secara langsung standard program pengajian yang ditawarkan, supaya objektif danhasil pembelajaranyangditentukan tidak terjejas, agar kualiti dan akreditasi program tetap terpelihara; seterusnya pihak kerajaan Malaysia umumnya, yang tidak putus memberikan berbagai insentif sepanjang melalui tempoh kritikal penularan wabak Covid-19 yang lalu, termasuk kemudahan peranti, capaian internet, bantuan kewangan, platform P&P secara dalam talian dan sebagainya. Begitu juga dengan sektor korporat yang turut berganding bahu dengan pihak kerajaan bagi menyediakan insentif-insentif berkenaan, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan sumbangan mereka kepada negara. Sesungguhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di seluruh dunia akibat Pandemik Covid-19 membawa bersamanya seribu satumacamhikmah yang tersurat mahupun tersirat. Dalam konteks pembangunan pelajar, PKP mengajar kita berbagai perkara yang tidak terjangka, selain memantapkan berbagai nilai yang sebelum ini lebih cenderung dipupuk dalam bentuk teoretikal berbanding praktikal. Hakikat ini dari satu sudut memberi kelebihan kepada para graduan hari ini, yang telah berjaya mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi universiti dengan cabaran getir dan ujian perit, umpama menggenggam bara api yang kini telah menjadi arang walhamdulillah . Sepanjang tempoh itu pastinya masih segar dalam ingatan, ramai dalam kalangan rakan-rakan pelajar yang gugur di separuh perjalanan kerana terpaksa menarik diri lantaran kesukaran meneruskan perjuangan akibat kekangan kewangan, ketidakupayaan menyesuaikan diri, mahupun tekanan psikologi. Justeru, kejayaan ini amat bernilai untuk disyukuri, amat bermakna untuk dihayati dan amat berharga untuk diabadi sebagai memori perkongsian kepada generasi. Barang diingat, walaupun berbagai kelonggaran diberi dan pengubahsuaian dibenar mengikut kapasiti dan kreativiti pengurusan program pengajian oleh pihak berautoriti, namun ia tidak sedikit menjejaskan kualiti graduan yang dihasilkan dari sudut objektif dan hasil pembelajaran ijazah yang dianugerah pada majlis konvokesyen bersejarah ini. Selain itu, aktiviti pembangunan sahsiah tetap diteruskan di berbagai peringkat, walaupun dalam keadaan serta kaedah pelaksanaan yang terhad sepanjang tempoh PKP, sebagai kesinambungan kepada program yang dijayakan sebelum dan selepas PKP. Dalam aspek pembangunan sahsiah ini, pengalaman para graduan menempuhi ujian PKP itu sendiri, adalah merupakan sebuah pengalaman tidak ternilai dalam membentuk jati diri serta modal insan muslim sejati. PKP mendidik para graduan hari ini erti sebenar nilai murni yang disasar untuk dipupuk menerusi aktiviti dan proses penilaian yang disusun atur menerusi kursus- kursus dalam program masing-masing, sebagai sebahagian dari hasil pembelajaran. PKP telah mendidik para graduan hari ini secara praktikal peri pentingnya kod etika, integriti dan profesionalisme dalam menunaikansesuatuamanahataukewajipan, walau dalam apa keadaan sekalipun. Kemahiran komunikasi, pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, pembelajaran sepanjang hayat, kerja berpasukan dan kepemimpinan juga adalah antara elemen kemahiran insaniah 5 Buletin HEPA 2022 GRADUAN CEMERLANG, USIM DISAYANGI
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=