BULETIN HEPA 2022

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA UNIVERSITI AWAM DAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA: PROGRAM MEMPERKASA PENDIDIKAN PENGUNDI MAHASISWA (UNDI 18) Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Universiti Awamdan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah diadakan pada 16 Ogos 2022 di Dewan Za’ba, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Kerjasama ini merupakan manifestasi sokongan KPT dalam pelaksanaan UNDI 18 bagi melaksanakan Program Memperkasa Pendidikan Pengundi Mahasiswa. KPT dan SPR telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Program Memperkasakan Pendidikan Pengundi Mahasiswa bagi merancang pelaksanaan program-program pendidikan pengundi muda terutamanya mahasiswa yang pertama kali turun mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Pada Julai 2019, Parlimen telah meluluskan cadangan pindaan Seksyen 3 (a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 berkenaan dengan penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Pindaan ini juga turut melibatkan pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik oleh Kerajaan Malaysia. Pindaan ini juga telah meningkatkan bilangan pengundi muda dalam PRU dan majoriti pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) layak turun mengundi sebagai pengundi kali pertama pada PRU ke-15. Pelbagai programpendidikanpengundi telah dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan kerjasama Akademi Pilihan Raya (APR) dan SPR. Matlamatnya adalah supaya golongan pelajar IPT yang prihatin dengan sistem pemerintahan negara dan berupaya menyumbang kepada pembentukan kerajaan berdemokrasi dapat dilahirkan. 47 Buletin HEPA 2022 GRADUAN CEMERLANG, USIM DISAYANGI

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=