BULETIN HEPA 2022
· Bekerjasama dengan Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ NGO/ Badan Korporat bagi merancang dan melaksanakan dasar/ program/ aktiviti secara sinergi untuk mengurangkan beban mahasiswa USIM. · Menyelaras pengurusan penyaluran bantuan dan sumbangan yang bersesuaian kepada siswa terkesan. 4. FOOD@CAMPUS · Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan inisiatif Food@ Campus Keluarga Malaysia 2.0 pada 5 Julai 2022. · Dana berjumlah RM30,000 daripada Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia (YKS) telah diperuntukkan kepada setiap Universiti Awam (UA) bagi memberi bantuan makanan kepada pelajar-pelajar B40 yang dikenal pasti. · Penyaluran dana telah dilaksanakan oleh USIM kepada 2,000 orang pelajar pada bulan Ogos 2022. 5. MENU BAJET USIM · Menu Bajet USIM berharga RM3.50 mula diperkenalkan kepada pelajar di Kolej Kediaman 1 USIM dan Kolej Kediaman Nilam Court pada bulan Julai 2022. · Subsidi ini telah dibiaya oleh Pusat Wakaf dan Zakat USIM berjumlah RM1.50 bagi setiap pek menu bajet yang berharga RM5.00. · Tempoh pelaksanaan inisiatif ini adalah selama enam (6) bulan dan dijangka akan tamat pada Disember 2022. 6. JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA · JMKM diperluaskan ke 20 Universiti Awam (UA) dan dijenamakan sebagai JMKMS i swa . · Pelaksanaan JMKMSiswa bermula pada 16 Oktober hingga 12 Februari 2023. · Peruntukan daripada Kementerian Kewangan sebanyak RM1.2juta bagi pelaksanaan JMKMSiswa dengan agihan RM60 ribu bagi setiap universiti awam. · Penjimatan sebanyak 20% akan diperoleh oleh mahasiswa bagi pembelian barangan berupa alatulis, perkhidmatan cetakan / salinan dokumen, tambah nilai telekomunikasi, buku dan barangan keperluan harian siswa. · Di peringkat USIM, usaha ini telah dijalankan oleh Koperasi Siswa USIM dengan kerjasama Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) melalui edaran kupon kepada mahasiswa. 46
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=