BULETIN HEPA 2022
HEPA PRIHATIN FOOD BANK SISWA USIM PERLUAS KATEGORI PENERIMA SUMBANGAN USIM SUMBANG KOMPUTER RIBA KEPADA PELAJAR TERJEJAS BANJIR · Inisiatif Food Bank Siswa USIM telah mula diperkenalkan mulai tahun 2019. · Kelompok penerima adalah pelajar yang berpendapatan isi rumah RM0 – RM1,000 (BL40), asnaf dan fakir serta pelajar berkeperluan. · Fungsi FoodBank Siswa ini adalah bagi menyalurkan bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dan seterusnya mengelakkan pembaziran makanan. · Penyumbang utama Food Bank Siswa adalah Sekretariat Food Bank Malaysia (SFBM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). · Merupakan inisiatif Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pusat Wakaf dan Zakat USIM dan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi Akademik 2021/2022. · Sumbangan bantuan makanan kering dan komputer riba kepada 13 orang pelajar di sekitar Negeri Selangor dan Pahang yang terjejas akibat bencana banjir. · Bantuan telah disampaikan ke rumah pelajar dan pengagihan ini dibuat berdasarkan kepada kaji selidik yang dijalankan oleh Majlis Perwakilan Pelajar. 42
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=