BULETIN HEPA 2022

Sempena Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke-20 ini, seluruh warga Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) USIM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua graduan yang bakal menaiki pentas bagi menerima selembar ijazah, sebagai simbol kejayaan dan pencapaian, setelah berjaya mengharungi berbagai rintangan dan cabaran dari dalam dan luar, demi sebuah tekad, tatkala menjejakkan kaki ke universiti ini beberapa tahun lalu. Lebih manis pencapaian ini diwarnai dengan kejayaan para graduan mengharungi cabaran luar jangka yang menimpa seluruh dunia sehingga menjejaskan operasi dan aktiviti kehidupan, dalam semua sektor termasuk pendidikan. Dalam konteks pengajian tinggi di universiti, masih segar dalam ingatan bagaimana perit jerih yang terpaksa kita semua hadapi demi untuk meneruskan pengajian masing- masing, walau dalam berbagai kekangan dan kesulitan di alam maya. Bagi program yang memerlukan sesi secara bersemuka, keterbatasan ruang dan pergerakan fizikal sangat menguji ketahanan minda dan psikologi semua yang terlibat, daripada pelajar, pensyarah, pentadbir sehinggalah kepada staf sokongan. Pun begitu, walau hampir separuh daripada tempoh pengajian terpaksa diharungi dalam suasana penuh mencabar ini, para graduan semua berjaya meneruskan perjalanan sehingga ke titik akhir destinasi, sedang dalam waktu sama tidak kurang rakan-rakan mereka terpaksa menamatkan perjalanan sebelum tiba di garis penamat. Justeru, setinggi-tinggi tahniah diucapkan sekali lagi. Sekalung tahniah dan penghargaan dipanjangkan kepada para ibu bapa yang tidak pernah jemu memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak, walau dalam kesempitan dan keperitan lantaran sumber pendapatan terjejas teruk, keselamatan dan kesihatan keluarga sangat terdedah kepada risiko, namun tetap gigih berjuang bagi menjamin pengajian anak-anak tidak terganggu, dengan menyediakan kelengkapan dan keperluan pembelajaran dan pengajaran (P&P) atas talian seperti peranti, kemudahan internet dan persekitaran pembelajaran kondusif di rumah. Terima kasih tidak terhingga kepada barisan para pensyarah, guru, pembantu dan pentadbir yang turut bertungkus lumus tanpa putus asa meneruskan usaha walau di luar kesediaansebenar untukmenyampaikan ilmu dan menguruskan perjalanan program pengajian dengan norma baharu. Tidak lupa kepada pihak pengurusan universiti dengan berbagai sistemsokongan yangada terutama perkhidmatan kesihatan, keselamatan, kebajikan, kaunseling, kenderaan dan sebagainya; pihak Kementerian Pendidikan GRADUAN CEMERLANG USIM DISAYANGI LENSA TNC HEPA 4

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=