BULETIN HEPA 2022

KEJOHANAN MOTIVATOR MUDA PIALA PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI PERINGKAT UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) NILAI, 29 JUN 2022 – Kejohanan Motivator Muda merupakan kejohanan tahunan yang akan menampilkan pemenang-pemenang sebagai wakil universiti ke kejohanan peringkat kebangsaan iaitu Intervasity Young Motivator Competition (I-MAC) 2022 yang dianjurkan oleh Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-universiti Awam (MAKUMA) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program ini bertujuan untuk mencari bakat mahasiswa yang boleh diketengahkan sebagai Ikon Motivator Muda kepada masyarakat. Dianjurkan mulai tahun 2014, program ini dilihat dapat memberi impak kepada universiti untukmenghasilkanpelajar yang cemerlang sebagai pembimbing dan mempunyai kemahiran pengucapan awam yang berasaskan motivasi. Pada tahun ini, kejohanan ini diberikan nafas baru dengan menampilkan anugerah piala pusingan iaitu Piala Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti sebagai hadiah utama kejohanan bersama-sama hadiah wang tunai dan juga sijil. Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia telah sudi merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Motivator Muda yang berlangsung selama 5 hari bermula 25 Jun 2022. Melalui pelaksanaan bengkel dan pertandingan di peringkat saringan pada 27 Jun 2022. Seramai 5 peserta telah layak dipilih ke peringkat akhir. Pemenang tempat pertama membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,800.00 berserta piala pusingan, di ikuti tempat kedua menerima hadiah wang tunai RM1,500.00 manakala tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM1,000.00. Kategori Persembahan Terbaik dan Video Terbaik masing-masing membawa pulang wang tunai RM500.00. “Seramai 14 orang peserta daripada pelbagai fakulti di USIM telah menyertai kejohanan ini dan saya dapat melihat pelajar-pelajar USIM mempunyai bakat dan potensi yang besar sebagai motivator muda” ujar Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia. “Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenangdalamkejohananpada kali ini. Semoga program ini terus dilaksanakan sebagai wahana dalam usaha memupuk dan mengukuhkan jati diri anak bangsa. Usaha ini bakal melahirkan generasi rabbani yang mencintai ilmu dan diharapkan ianya diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT” ujarnya lagi. Muhammad Nur Afiq bin Kamarul Arifen dan Shamsul Aiman Mua’mar Bin Shamsul Bahrin masing-masing pelajar dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan Fakulti Pengajian Bahasa Utama telah dipilih sebagai Johan dan Naib Johan. Kedua- dua pemenang ini telah mewakili USIM ke Intervasity Young Motivator Competition (I-MAC) 2022 peringkat kebangsaan yang diadakan pada 11 hingga 14 November 2022 yang lalu bertempat di Universiti Malaysia Sabah. 32

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=