BULETIN HEPA 2022

PERTANDINGAN DEBAT ANTIRASUAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI PIALA KETUA PESURUHJAYA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2022 LAHIR MAHASISWA CELIK ISU BAHAYA JENAYAH RASUAH Pada tahun 2022, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Pertandingan Debat Antirasuah IPT Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM2022 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama USIM, Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR). Pertandingan ini telah disertai oleh 36 buah pasukan daripada pelbagai institusi pendidikan terdiri daripada universiti awam, universiti swasta, Institut Pendidikan Guru dan Institusi Pendidikan MARA. Pesuruhjaya (Pencegahan), SPRM mewakili Ketua Pesuruhjaya SPRM manakala USIM diwakili oleh YBhg. Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) mewakili Naib Canselor USIM. Pertandingan peringkat awal, suku akhir dan separuh akhir telah dilangsungkan pada 7 hingga 9 Oktober 2022 secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting. Peringkat akhir pertandingan telah berlangsung secara fizikal di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM pada 12 Oktober 2022. Majlis penutup pertandingan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Norazlan Mohd Razali, Timbalan Ketua Objektif penganjuran pertandingan ini adalah untuk membentuk mahasiswa agar sentiasa peka dengan keadaan semasa dan berani menyuarakan pendapat berkaitan isu rasuah. Selain itu, pertandingan ini juga dapat mewujudkan mahasiswa yang mengangkat nilai ketelusan sebagai salah satu nilai teras kehidupan, membudayakan pemikiran kreatif dalam menyampaikan pandangan dalam kalangan mahasiswa selain mengeratkan hubungan dan mewujudkan jaringan komunikasi antara mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat. Pasukan debat daripada Universiti Malaysia Sabah telah dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan ini manakala pasukan debat daripada Universiti Teknologi MARA sebagai Naib Johan. Johan membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil dan wang tunai berjumlah RM5,000.00 manakala Naib Johan membawa pulang piala iringan, sijil dan wang tunai berjumlah RM3,000.00. 31 Buletin HEPA 2022 GRADUAN CEMERLANG, USIM DISAYANGI

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=