BULETIN HEPA 2022
PROFESOR DR. ADNAN MOHAMED YUSOFF Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan mendapat pendidikan peringkat menengah di al-Maahad al-Muhammadi (Lelaki), Kota Bharu. Beliau meneruskan pengajian peringkat tingginya di Fakulti Syariah, Universiti Jordan dalam bidang Usuluddin (al-Quran dan al-Sunnah) dan menamatkan pengajian pada pada tahun 1992. Beliau pulang ke tanah air dan menceburkan diri dalam arena pendidikan dan dakwah, sebelum kembali melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang yang sama di Universiti Al al-Bayt, Jordan dengan pengkhususan lebih mendalam terhadap pengajian al-Quran al-Karim dan Ilmu- ilmunya, sehingga dianugerahkan Ijazah Sarjana pada tahun 2000. Seterusnya beliau berjaya memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian al-Quran dan al- Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2005. Beliau mempunyai pengalaman berkhidmat di beberapa institusi pendidikan dan pentadbiran, sebelum menyertai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2004 untuk terus menabur bakti sebagai tenaga pengajar dan pentadbir sehingga kini. Sepanjang berkhidmat di USIM, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) bermula pada 1 Jun sehingga 31 Ogos 2005. Selanjutnya pada 1 September 2005, beliau diberi kepercayaan untuk memimpin FPQS sebagai Dekan pertama di fakulti berkenaan dan terus berkhidmat sehingga 31 Disember 2018. Pada Januari 2021, beliau diberi kepercayaan untuk memimpin Institut Sains Islam (ISI), USIM. Bermula 16 Februari 2022 beliau dilantik sebagai sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM sehingga kini. Dalam konteks akademik, selain dari aspek pengajaran dan pembelajaran, pembangunan dan pengurusan program pengajian, beliau banyak menumpukan perhatian kepada penyelidikan rentas bidang, sebagai mendokong wawasan dan falsafah USIM untuk mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli sebagai teras kecemerlangan ilmu dan insan. Ucapan Tahniah & Syabas atas pelantikan mulai 16 Februari 2022 3 Buletin HEPA 2022 GRADUAN CEMERLANG, USIM DISAYANGI
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=