BULETIN HEPA 2022
mendapatNaib Johandi dalamPertandingan Debat Kefahaman Islam Antara Institusi Pengajian Tinggi Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2004. Selain itu, beliau juga pernah dikurniakan Anugerah Khas Demonstrasi Penulisan Ayat Al-Quran oleh para Hafiz dan mencatat sejarah negara dalam “ Malaysia Book of Records ” pada 1 Julai 2004. PENGALAMAN BEKERJA Sebagai langkah permulaan kerjaya mencari pengalaman, beliau telah menjadi guru agama, guru j-QAF, Pensyarah, Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar Darul Quran JAKIM, Penolong Pengarah Penerbitan Darul Quran JAKIM dan Penolong Pengarah Kanan, Unit Komunikasi Korporat, Darul Quran JAKIM. ANUGERAH Semasa dalam perkhidmatannya beliau berjaya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JAKIM 2009 & 2012 dan tempat ke-3 Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri melalui Produk Diari Huffaz pada tahun 2014. Beliau juga telah dianugerahkan dengan Anugerah Ikon Alumni Keusahawanan USIM pada tanggal 9 Ogos 2022. PENCAPAIAN Sekarang beliau merupakan pemilik dan pengerusi Tahfiz Al Fathonah iaitu institusi operasi pendidikan Tahfiz daripada tadika sehingga peringkat sekolah menengah dan institusi ini memiliki lapan cawangan di seluruh negara. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan pemilik Little Huffaz Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab menjalankan program perlesenan tadika di dua belas cawangan di seluruh Malaysia. Ditambah lagi, beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah dan Pengarah Eksekutif Maahad Gemilang Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat di bawah Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Yayasan Pahang yang beroperasi sebanyak dua belas cawangan di negeri Pahang dan satu cawangan Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang. Bagaikan peribahasa hidup kayu (pokok) biar berbuah, hidup manusia biar berjasa, walaupun beliau memperoleh kejayaan yang besar, beliau tidak lupa diri. Beliau banyak menyertai NGO dan aktiviti kesukarelawanan membantu dan menyebarkan ilmu agama Islam kepada masyarakat. Surat az-Zalzalah Ayat 7-8: فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرّةٍ خَيْرًْا يَرَهُۥ “Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya” Sebagai seorangmuslim, beliaumemaparkan sifat rendah hati, dan tidak berputus asa untuk memperoleh kejayaan. Kejayaan yang diperolehinya tidak dijadikan sebagai status, malahan sebagai sokongan untuk bergerak ke hadapan. Sebagai peringatan setiap urusan dan amalan di muka bumi ini adalah kerana Allah, beliau berjuang berbakti menyebar kebaikan kepada masyarakat. Sebagaimana firman Allah di dalam ayat di atas, sesiapa yang membuat kebaikan, pasti dia akanmendapat ganjaran. 12
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=