BULETIN HEPA 2022
Itulah yang dapat digambarkan apabila melihat Saudara Shahrulkarnain apabila menerima Anugerah Ikon Alumni Keusahawanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau dilahirkan di Hospital Mentakab yang terletak di bandar Temerloh, Pahang. Pada hari kelahirannya iaitu 28 Oktober 1980 beliau dianugerahkan oleh ibu bapanya nama Shahrulkarnain Mohamad Nazir yang membawa maksud emas yang baik yang membawa kepujian dan peringatan. Tatkala melihat kepada erti namanya, maka tidak mustahillah terpapar sifat keusahawanan muslim yang berjaya. Bak kata pepatah sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain, tanpa berputus asa mengharungi ujian dan halangan Saudara Shahrulkarnain berjaya memperoleh kejayaan. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN Sebagai langkah jihad kejayaan, beliau memulakan perjalanan menuntut ilmu sehingga ke peringkat Diploma di sekolah agama dan Maahad Tahfiz sebagai pilihan. Pada tahun 2002, beliau telah menyambung langkah perjuangan menuntut ilmu di Universiti Sains IslamMalaysia (USIM) dengan mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Quran dan Sunnah. Pada tahun 2013, beliau membuktikan usaha kesungguhan menuntut ilmu dengan memperoleh kelulusan Sarjana Usuluddin (Quran dan Hadis) di Universiti Malaya. PENGLIBATAN DI PERINGKAT UNIVERSITI Semasa belajar di USIM, beliau juga telah memaparkan kebolehan dalam bidang pengucapan awam dan perdebatan. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab Debat USIM selama 3 tahun dari 2003 hingga 2005. Beliau juga telah menyertai pelbagai pertandingan pengucapan awam seperti Pertandingan Debat Kemerdekaan Ala Parlimen Antara Institusi Pengajian Tinggi 2003 & 2004, Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi Awam 2003 & 2004 dan pada tahun 2004, beliau berjaya IKON ALUMNI KEUSAHAWANAN USIM Shahrulkarnain Mohamad Nazir “Menuntut ilmu adalah taqwa, menyampaikan ilmu adalah ibadah, mengulang-ulang ilmu adalah zikir, mencari ilmu adalah jihad.” Imam Al-Ghazali 11 Buletin HEPA 2022 GRADUAN CEMERLANG, USIM DISAYANGI
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=