PANDUAN HEP 2023/2024
Panduan Hal Ehwal Pelajar 2 0 2 3 / 2 0 2 4 ● Penghuni adalah dilarang daripada melakukan yang berikut: ✖ Memasak atau menggunakan sebarang peralatan memasak. ✖ Memelihara haiwan/serangga. ✖ Menyalahgunakan alat pencegah kebakaran. ✖ Menggunakan atau menyimpan minuman keras atau bekasnya. ✖ Menyimpan, memiliki, mengedar, menyebar atau melihat apa-apa dokumentasi lucah termasuklah majalah, gambar, video dan khidmat pesanan ringkas. ✖ Menggunakan atau menyimpan apa-apa senjata berbahaya. ✖ Merokok atau menyalahgunakan apa-apa jenis dadah. ✖ Berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan di tempat sunyi yang boleh menimbulkan syak. ✖ Berjudi atau menyimpan sebarang bentuk peralatan judi. ● Penghuni adalah dilarang daripada melakukan apa- apa jua yang bercanggah dengan ajaran Islam dan undang-undang Negara yang sedang berkuat kuasa. ● Tiada sebarang notis, kenyataan, pengumuman atau iklan boleh dipamerkan melainkan di lokasi yang ditetapkan dan setelah dibenarkan oleh Pengetua mengikut tempoh waktu tertentu dan diturunkan setelah tamat tempoh waktu tersebut. ● Tiada sebarang pengubahsuaian boleh dilakukan sama ada dengan cara memaku, melekat, menggantung, menampal atau apa jua cara yang lain. ● Tiada pakaian yang boleh disangkut atau disidai melainkan di tempat yang disediakan. ● Kenderaan penghuni hendaklah didaftarkan di Jabatan Keselamatan dan pelekat kebenaran yang diluluskan hendaklah dipamerkan. * Cabutan daripada Peraturan Khas Kolej Kediaman Universiti Sains Islam Malaysia 7
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=