PANDUAN HEP 2023/2024
5 ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR BERADA DI KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN LELAKI 1. Pelajar hendaklah berpakaian menutup aurat, kemas, bersih dan bersopan semasa berada di luar bilik kediaman. 2. Pelajar hendaklah berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. 3. Pelajar hendaklah mengikuti tatacara berpakaian ketika menghadiri sesi pengajaran/pembelajaran atau ketika berada di kawasan kampus sekiranya menghadiri majlis rasmi yang diadakan di kawasan kolej kediaman. PEREMPUAN 1. Pelajar hendaklah berpakaian menutup aurat, kemas, bersih dan bersopan semasa berada di luar bilik kediaman. 2. Pelajar hendaklah mengikuti tatacara berpakaian ketika menghadiri sesi pengajaran/pembelajaran atau ketika berada di kawasan kampus sekiranya menghadiri majlis rasmi yang diadakan di kawasan kolej kediaman. BERSUKAN DAN BERIADAH LELAKI 1. Pemakaian yang longgar dan bersesuaian dengan aktiviti riadah yang akan dijalankan. 2. Pemakaian seluar (tight) sehingga melepasi lutut adalah diwajibkan ketika memakai seluar pendek. 3. Pemakaian adalah dengan cara memasukkan baju T-shirt ke dalam seluar track (tuck-in) bagi tujuan kekemasan dan keselesaan semasa bersukan. 4. Pemakaian hendaklah kelihatan kemas dengan berambut pendek. 5. Pemakaian kasut yang bersesuaian ketika menyertai aktiviti sukan atau rekreasi. 6. Seluar track yang dipakai hendaklah kelihatan kemas. 7. Seluar track yang dipakai hendaklah dizipkan hingga ke penghujung kaki seluar. PEREMPUAN 1. Pemakaian yang longgar dan bersesuaian dengan aktiviti riadah yang akan dijalankan. 2. Pemakaian kain tudung yang tidak terlalu labuh namun masih menutup aurat dan kelihatan kemas supaya selesa ketika bersukan. 3. Pemakaian T-shirt yang berlengan pendek hendaklah disertai dengan sarung tangan (dari lengan hingga ke pergelangan tangan). 4. Pemakaian kasut yang bersesuaian ketika menyertai aktiviti sukan atau rekreasi. 5. Seluar track yang dipakai hendaklah dizipkan hingga ke penghujung kaki seluar sebagai kekemasan berpakaian sukan. 6. Seluar track yang dipakai hendaklah longgar, serap peluh dan berwarna gelap. 5
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=