PANDUAN HEP 2023/2024
        
 ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR SESI PENGAJARAN/PEMBELAJARAN DAN MAJLIS RASMI LELAKI 1. Pelajar hendaklah berpakaian menutup aurat, kemas (tuck-in) iaitu berseluar  panjang  (slack), berbaju kemeja dengan bertali leher atau berbaju kebangsaan yang lengkap, berkasut kulit  berwarna hitam dan berstokin. 2. Pemakaian seluar jeans adalah tidak dibenarkan. 3. Pelajar hendaklah memakai kasut bertutup, tidak boleh berselipar atau memakai kemeja-T tidak berkolar. 4. Pelajar hendaklah berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. 5. Pakaian yang dibenarkan untuk pelajar lelaki sekiranya menutup kepala adalah bersongkok berwarna hitam. Pelajar dilarang memakai sebarang bentuk/jenis topi. PEREMPUAN 1. Pelajar hendaklah berpakaian yang menutup aurat, kemas, sopan dan rapi. 2. Pelajar  hendaklah   memakai   pakaian   yang   tidak  ketat  (yang  boleh mempamerkan susuk tubuh) dan tidak jarang. 3. Pelajar  hendaklah  memakai  kasut  yang  menutupi  jari kaki, lereng kaki dan tumit. 4. Pemakaian purdah adalah tidak dibenarkan. 5. Pemakaian seluar jeans adalah tidak dibenarkan. 6. Pemakaian alat solek, aksesori dan pewangi hendaklah secara sederhana. BERADA DI KAWASAN KAMPUS LELAKI 1. Pelajar hendaklah berpakaian menutup aurat, kemas (tuck-in) dan berseluar  panjang. 2. Pelajar hendaklah memakai kasut bertutup, tidak boleh berselipar atau memakai kemeja-T tidak berkolar. 3. Pelajar hendaklah berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. 4. Pakaian yang dibenarkan untuk pelajar lelaki sekiranya menutup kepala adalah bersongkok berwarna hitam atau apa-apa bentuk/jenis topi yang bersesuaian. Walaubagaimanapun, pemakaian topi tidak diizinkan di Bangunan Perpustakaan. PEREMPUAN 1. Pelajar hendaklah berpakaian yang menutup aurat, kemas, sopan dan rapi. 2. Pelajar  hendaklah   memakai   pakaian   yang   tidak  ketat  (yang  boleh mempamerkan susuk tubuh) dan tidak jarang. 3. Pemakaian purdah adalah tidak dibenarkan. 4. Pemakaian seluar jeans adalah tidak dibenarkan. 5. Pemakaian alat solek, aksesori dan pewangi hendaklah secara sederhana. 4 4
        
         Made with FlippingBook 
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=