PANDUAN HEP 2023/2024
Panduan Hal Ehwal Pelajar 2 0 2 3 / 2 0 2 4 4. Galeri Seni • Galeri Seni Pusat Kebudayaan USIM mula beroperasi sejak Jun 2008 bersempena dengan perpindahan Bangunan Hal Ehwal Pelajar sementara ke bangunan tetap Hal Ehwal Pelajar. • Berfungsi sebagai salah satu lokasi untuk dilawati oleh pengunjung dalam dan luar USIM khususnya untuk mendapatkan maklumat awal mengenai kebudayaan dan kesenian USIM. • Galeri Seni ini juga merupakan pusat sumber dan rujukan yang memuatkan dokumentasi visual program seni budaya anjuran dalam dan luar Universiti. Kelab Seni Budaya USIM Kelab Seni Budaya USIM yang bernaung di bawah Pusat Kebudayaan USIM terdiri daripada tiga kelab iaitu Kelab Pengurusan Persembahan Seni, Kelab Penerbitan Kreatif dan Kelab Multimedia dan Keusahawanan Seni. Kelab Seni Budaya USIM yang dahulunya dikenali sebagai Urus Setia Kesenian Pelajar mempunyai 350 orang ahli terdiri daripada 18 kumpulan kesenian. Kelab Seni Budaya berpengalaman mengadakan persembahan dalam dan luar Universiti dan aktif menyertai program peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa serta telah mencipta kejayaan pelbagai peringkat dan menyumbang kepada kecemerlangan universiti. Maklumat lanjut berhubung perkhidmatan fasiliti seni boleh menghubungi Pusat Kebudayaan USIM di talian 06-798 6146/6107. iii. Studio ALFA Studio ALFA digunakan untuk menjalankan aktiviti fotografi dan rakaman video penghasilan produk program Pusat Kebudayaan. Studio ini dibangunkan untuk kegunaan kumpulan ALFA Kelab Multimedia dan Keusahawanan Seni (KMKS) bagi meningkatkan kemahiran mereka menerusi bidang multimedia * Sistem Bunyi dan Lampu Panggung Budaya juga dilengkapi dengan sistem audio dan sistem pencahayaan yang mengikut perkembangan tekonologi semasa seperti Soundcraft Si Expression Digital Audio Mixer, RCF HD12 Active Speaker, JBL EON One PRO Portable Line Array Speaker dan sebagainya mengikut keperluan program yang dianjurkan. 2. Panggung Rakaman • Panggung Rakaman yang dikenali sebagai studio muzik mempunyai kelengkapan rakaman untuk vokal dan mampu menempatkan 10 orang di dalam satu sesi rakaman. • Panggung rakaman ini telah dinaik taraf dan kini mencapai standard yang setara seperti studio rakaman di luar. • Panggung rakaman ini menggunakan software jenama EZ Drummer, Superior Drummer, BFD dan Cubase bagi kerja- kerja rakaman, mixing dan mastering. 3. Panggung Seni • Merupakan sebuah panggung terbuka berkonsepkan rumah Melayu lama berasaskan kayu. • Panggung Seni sesuai untuk diadakan persembahan pentas berskala sederhana seperti majlis pelancaran, persembahan deklamasi puisi, nyanyian, pidato, klip video dan juga latihan bersama Tenaga Pengajar Seni Budaya USIM. 38
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=