PANDUAN HEP 2023/2024

Panduan Hal Ehwal Pelajar 2 0 2 3 / 2 0 2 4 PERKHIDMATAN FASILITI SENI Pusat Kebudayaan USIM menyediakan kemudahan fasiliti seni untuk pelajar mengadakan aktiviti seperti latihan dan persembahan pentas. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut: 1. Panggung Budaya Panggung Budaya merupakan salah satu ruang utama yang terdapat di Pusat Kebudayaan. Dinaik taraf dari sebuah studio latihan menjadi panggung yang serba guna dan boleh memuatkan dari 30 hingga 60 orang mengikut kesesuaian program. Seiring dengan perkembangan teknologi sistem audio dan sistem pencahayaan semasa, Panggung Budaya juga dilengkapi dengan sistem audio dan sistem pencahayaan mengikut spesifikasi dan kesesuaian program. Panggung Budaya terbahagi kepada tiga fungsi utama iaitu: i. Ruang Latihan digunakan oleh pelajar khususnya Kelab-kelab Seni Budaya untuk menjalani latihan bersama kumpulan dan Tenaga Pengajar Seni Budaya. Panggung ini sesuai digunakan untuk latihan tarian tradisional, teater, nyanyian secara berkumpulan serta latihan yang bersesuaian dengan kemudahan yang sedia ada. Ruang ini juga mampu memuatkan 30 orang mengikut kesesuaian program yang dijalankan seperti bengkel dan kursus. ii. Ruang Persembahan Seni sesuai digunakan untuk persembahan yang menggunakan pentas arena, semi arena, dan prosenium. Ruang ini boleh memuatkan 60 orang audiens mengikut kesesuian program seperti persembahan teater mini, bual bicara, rakaman program televisyen secara bersiri atau one off program. 37

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=