Buletin HEPA USIM 2026

MEMPERKASA KESEJAHTERAAN MINDA PELAJAR: BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING (BPsiK) LANCAR MODUL RUJUKAN KAUNSELING DALAM SISTEM TULLABIYYAH Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) melalui Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsiK) mengorak langkah ke hadapan dalam menyokong kecemerlangan holistik pelajar menerusi pelancaran Modul Rujukan Kaunseling dalam sistem Tullabiyyah. Inisiatif digital ini mentransformasikan proses rujukan psikologi secara dalam talian agar lebih pantas, e sien, dan mesra pengguna, sejajar dengan prinsip pendekatan “No Wrong Door”—tiada halangan untuk mendapatkan sokongan emosi dan kesihatan mental profesional. 3 Langkah Utama Pemerkasaan Kesejahteraan Pelajar 1. Pengesanan dan Intervensi Awal: Membolehkan BPsiK bertindak proaktif membantu pelajar yang memerlukan sokongan emosi. 2. Jaringan Rujukan Bersepadu: Mewujudkan komunikasi dua hala yang sistematik antara fakulti/PTj dan kaunselor bagi memudahkan proses rujukan dan tindakan susulan. 3. Integriti dan Kerahsiaan Terjamin: Pengurusan rekod sesi secara digital yang patuh kepada etika kerahsiaan kaunseling profesional bagi melindungi privasi pelajar. Aliran Rujukan Mudah 4 Langkah 1. Langkah 1 (Permohonan): Pensyarah atau pentadbir PTj mengisi borang rujukan pelajar menerusi portal iStaf. 2. Langkah 2 (Noti kasi dan Janji Temu): Pelajar menerima notis melalui portal dan memilih slot janji temu bersama kaunselor mengikut kesesuaian jadual. 3. Langkah 3 (Sesi dan Maklum Balas): Sesi kaunseling dijalankan dan disusuli maklum balas status kes kepada perujuk asal untuk tindakan bersama. 4. Langkah4 (SokonganLanjutan): Kesberkeperluan khusus akan diselaraskan untuk intervensi lanjutan bersama Pusat Kesihatan Universiti atau pakar perubatan. Komitmen Bahagian Psikologi dan Kaunseling Pelancaran modul ini membuktikan dedikasi berterusan BPsiK, PHEP dalam membentuk persekitaran kampus yang selamat, responsif, dan prihatin. Di USIM, bantuan profesional kini hanya berada di hujung jari dalam memastikan setiap mahasiswa melangkah keluar sebagai graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah memiliki daya tahan mental dan emosi yang mantap. 57 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan”

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=