Buletin HEPA USIM 2026
SePENA 2026: USIM LESTARI SASTERA PUISI KE PENTAS ANTARABANGSA NILAI, 22 Mei – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Pusat Kebudayaan dan Kelab Penerbitan Kreatif dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Kebudayaan Universiti- universiti Malaysia (MAKUM), Pusat Wakaf dan Zakat USIM, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan beberapa rakan strategik terus memperkukuh usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui penganjuran Suara Rumpun Puisi Nasional (SERUMPUN): Sayembara Puisi Pentas Dunia (SePENA) 2026 yang memasuki edisi ketiga. Penganjuran SePENA 2026 bertujuan melestarikan bahasa Melayu dan menyuburkan kecintaan terhadap seni sastera dalam kalangan generasi muda menerusi medium deklamasi puisi. Program ini menghimpunkan penyertaan daripada pelajar tempatan, mahasiswa antarabangsa serta buat julung kalinya memperkenalkan kategori Penjawat Awam khusus bagi penjawat awam yang berkhidmat di Negeri Sembilan. Edisi kali ini mencatatkan sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sejumlah 20 kumpulan duo bagi kategori Tempatan, 10 peserta kategori Antarabangsa dan empat penyertaan kategori Penjawat Awam. Pengenalan kategori baharu itu mencerminkan usaha memperluaskan penyertaan masyarakat dalam bidang kesusasteraan, sekali gus membuktikan bahawa seni puisi terus mendapat tempat dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Dr. Mushaddad Hasbullah. Dalam ucapannya, beliau berkata SePENA bukan sekadar sebuah pertandingan deklamasi puisi, malah merupakan wadah yang menyatukan jiwa, pemikiran dan peradaban melalui keindahan bahasa. Pada majlis yang sama, USIM turut mengumumkan pelantikan Sasterawan Negara ke-15, YBhg. Datuk Rahman Shaari sebagai Ikon SePENA USIM. Pelantikan tersebut merupakan satu penghargaan terhadap jasa dan komitmen beliau yang tidak pernah luntur dalam memperkasakan bahasa Melayu, kesusasteraan dan budaya di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Dalampadaitu,keputusanSePENA2026menyaksikan persaingan sengit dalam ketiga-tiga kategori yang 54 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan” EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-24
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=