Buletin HEPA USIM 2026

KEMBARA RAMADAN Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi & Iftar Perdana USIM 2026 NILAI, 27 Februari 2026 – Program Kembara Ramadan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Iftar Perdana Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) tahun ini berlangsung dalam suasana yang penuh barakah, meriah dan sarat dengan nilai kesederhanaan serta keprihatinan. Disertai kira- kira 2,500 warga kampus yang terdiri daripada kepimpinan pelajar, mahasiswa Tamhidi, Kolej PERMATA Insan, pelajar antarabangsa, kakitangan universiti, hinggalah ke masyarakat sekitar, program ini menyerlahkan semangat keterangkuman dan ukhuwah yang menjadi teras kekuatan komuniti USIM. Peluncuran rasmi inisiatif Dapur Siswa MADANI USIM telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi. Inisiatif kebajikan ini diwujudkan khas sebagai pemangkin sokongan buat para pelajar yang memerlukan, khususnya dalam memenuhi keperluan makan dan minum harian sepanjang tempoh pengajian. Bercakap kepada media, YB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry menegaskan bahawa KPT berhasrat meneruskan serta memperkemas pelaksanaan Dapur Siswa dan food bank di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara. Program ini akan disesuaikan mengikut keperluan dan pendekatan unik setiap IPT, namun berteraskan matlamat sama: memastikan tiada mahasiswa yang tercicir atau berdepan masalah kelangsungan hidup. Keberhasilan penganjuran ini turut diperkukuh menerusi komitmen padu pelbagai entiti korporat dan institusi zakat yang menyalurkan sumbangan berimpak tinggi seperti Bank Rakyat, AmMetLife Takaful, Yayasan Perkasa Siswa, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM dan Ajinomoto (Malaysia) Berhad. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPT, para penaja, serta seluruh warga kerja universiti. Beliau menegaskan bahawa pelbagai inisiatif seperti FoodBank PWZ dan fakulti, kupon makanan percuma, Menu Rahmah, serta Free Food @ USIM Library ialah bukti sokongan USIM terhadap fokus Kemenjadian Siswa. Penganjuran Kembara Ramadan YBM Pendidikan Tinggi dan penubuhan Dapur Siswa MADANI di USIM menggambarkan kerjasama strategik yang padu antara pihak kementerian, universiti, sektor korporat, dan alumni. Semoga usaha berterusan ini membolehkan USIM melahirkan generasi pewaris negara yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah sarat dengan nilai akhlak, kepimpinan dan jiwa Ihsan. 31 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan”

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=