OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM
9 MEDIA MEMELIHARA INDUSTRI KREATIF MELALUI UNDANG-UNDANG HARTA INTELEK Oleh: Dr. Haliza A. Shukor hliza@usim.edu.my Penulis adalah pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan memperolehi ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2019 dari Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM). Beliau mengkhusus dalam bidang Undang-Undang Harta Intelek dan Undang-Undang Persaingan serta aktif dalam penulisan artikel untuk jurnal, persidangan dan penerbitan media. ABSTRACT In Malaysia, intellectual property has been highlighted by the National Creative Industry Policy as one of the issues and challenges faced by the creative industry. Hence, this article will focus its discussion on the role of intellectual property law in preserving the creative industry in Malaysia. In this article, the author will highlight what is meant by creative industry, government intervention in respect of the creative industry and, how intellectual property laws can help protect and preserve the creative industry. Pengenalan Industri kreatif merupakan industri yang menitikberatkan kreativiti manusia melalui hasil seni yang boleh menyumbang pada ekonomi negara. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang merupakan badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertanggungjawab di peringkat antarabangsa dalam perkara berkaitan sains, pendidikan dan juga kebudayaan. Menurut UNESCO, kreativiti manusia menjadi sumber kepada industri kreatif dan kebudayaan yang juga menyebabkan ianya berkongsi hubungan berkaitan budaya, perdagangan dan hak harta intelek terutama sekali hak cipta. Di Malaysia, bagi tujuan memastikan hala tuju dan pembangunan industri kreatif terus relevan dan berkembang, Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) telah diwujudkan bagi memastikan Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memartabatkan industri kreatif. Selaras dengan pandangan UNESCO yang menjadikan kreativiti manusia sebagai sumber industri kreatif, DIKN juga menganggap industri-industri yang melibatkan keterampilan dan bakat
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=