OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM

7 dan rahmat Allah kepada manusia. Dalam surah al-Jathiyah , ayat 3-6 dan 12-13 menyebut tentang tanda dan bukti kekuasaan Allah ke atas segala penciptaan yang ada di langit dan di bumi kepada orang yang beriman (mukminin), orang yang mempunyai keyakinan terhadap Allah dan mereka yang berfikir menggunakan akal agar menjadi hamba yang bersyukur. … … … … … Dalam surah Ali-Imran ayat 190 dan 191, al-Quran turut menyebut mengenai orang yang berakal (ulul albab) iaitu manusia yang menggunakan intelek (akal) dengan ciri-ciri tertentu iaitu orang yang sentiasa mengingati Allah dan berfikir mengenai ciptaan Allah dalam apa jua keadaan sama ada ketika berdiri, duduk dan juga berbaring. Dalam konteks ilmu, orang yang tidak tahu dan dia tidak sedar kejahilan dirinya atau jahil murakab merupakan orang yang rugi. Lebih parah lagi sekiranya dia menganggap dirinya tahu sedangkan apa yang diketahuinya itu tidak benar atau salah. Orang sebegini sukar untuk merendah diri dalam menerima sesuatu ilmu atau kebenaran. Dalam falsafah ia termasuk dalam kesalahan berfikir atau falasi. Hujah atau bukti yang dikemukakan tidak atau belum mampu mengetuk minda sedar seseorang itu bagi mengubah pandangannya terhadap sesuatu perkara atau kebenaran. Mungkin juga kerana ego yang terlalu tinggi. Sebagai contoh dalam isu pengambilan imunisasi dan vaksinasi. Konsep ilmu dalam Islam berbeza daripada konsep ilmu masyarakat dan tamadun lain kerana sumber ilmu datang daripada Allah SWT. Al-Quran dan hadis menjadi punca ilmu bagi orang Islam. Pencarian ilmu akan lebih bermakna sekiranya disandarkan kepada Allah SWT kerana hanya dengan ihsan dan kasih sayang Allah SWT sahaja manusia mampu menguasai sesuatu ilmu. Ini kerana pencarian ilmu tidak hanya bergantung pada intelek (akal rasional) dan kajian empirikal semata. Sesungguhnya Allah bercakap dengan manusia melalui perantaraan Al-Quran. Hanya manusia yang menggunakan akal, dekat denganNya serta mendapat hidayah-Nya sahaja yang mampu memahami rahsia al-Quran yang merupakan sumber ilmu.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=