OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM
6 bin Ahmad al-Ghazali al-Tusi dari Khurasan, Iran. Beliau lebih dikenali sebagai al-Ghazali kerana dinisbahkan kepada pekerjaan bapanya seorang tukang tenun kain bulu iaitu al- Ghazzal . Dalam kitab Mukhtashar Ihya ‘Ulumuddin , Imam al-Ghazali ada menyebut mengenai empat jenis manusia sebagaimana dikutip daripada al-Khalil bin Ahmad. Yang pertama merujuk kepada orang yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu. Kedua ialah orang yang tahu namun, dia tidak tahu yang dia tahu. Ketiga merujuk kepada orang yang tidak tahu dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Manakala yang keempat ialah orang yang tidak tahu dan dia tidak tahu yang dia tidak tahu. Ada pun kategori pertama merujuk kepada orang berilmu atau alim. Kata Imam al- Ghazali ikutlah orang sebegini. Kategori kedua merujuk kepada orang yang tidur. Kata Imam al-Ghazali, sedarkanlah mereka. Kategori ketiga ialah mereka yang sedar tentang kekurangan diri maka ajarlah dan bimbinglah mereka. Manakala kategori keempat merujuk kepada orang bodoh, maka berwaspadalah terhadap orang sebegini. Anjuran Islam dalam Mencari Ilmu dan Kebenaran Melalui Komunikasi Ayat-ayat Al- Quran Islam merupakan agama syumul merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Al-Quran menjadi panduan kepada manusia bagaimana seharusnya seorang Muslim menjalani kehidupannya daripada lahir sehingga mati. Al-Quran merupakan medium komunikasi antara Sang Pencipta dengan makhluk-Nya, manusia. Dengan akal manusia mampu memahami dan mencerap arahan, galakkan dan dorongan yang disampaikan melalui kalam suci. Melalui ayat-ayat suci ini Allah berkomunikasi dengan manusia tentang anjuran menuntut ilmu bagi mencari kebenaran sebagaimana termaktub dalam Surah al-Alaq: “ Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan (1) , Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah (2) Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah (3) , Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam (4) . Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya (5).” Perintah membaca merupakan suruhan Allah SWT serta wujud penegasan iaitu membaca dengan menyebut nama Tuhan, iaitu Allah dengan sifat-Nya Maha Pencipta. Ayat keempat ‘al- kalam ’ merujuk kepada firman atau ayat al-Quran yang menjadi alat atau medium bagi mengembangkan ilmu pengetahuan. Terdapat ayat al-Quran yang menganjurkan kepada manusia untuk menghayati dan berfikir mengenai ciptaan alam kerana ia menjadi bukti kepada kekuasaan, kebijaksanaan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=