OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM

5 MANUSIA DAN ILMU: SARANAN DALAM MENCARI KEBENARAN MELALUI KOMUNIKASI AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN Oleh: Dr. Latifah Abdul Latiff latifah@usim.edu.my Penulis ialah pensyarah Pusat Pengajian Teras dan Program Dakwah dan Kepimpinan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah dari Universiti Malaya dalam bidang sejarah. ABSTRACT This article is about knowledge to revisit Imam al-Ghazali's concern about the four categories of people and their level of knowledge. There are many ways for human beings to acquire knowledge. However, the younger generation today is not aware of the importance of the knowledge that has been stressed by Islam. Therefore, this article tries to highlight Quranic verses as a way of Allah communicating the message to mankind about the importance of seeking knowledge by pondering and thinking of God's creations. The science of knowledge or epistemology is what past philosophers struggling at to seek the meaning of truth. It is evidenced that what is in between the sky and the earth is all proof of the greatness of Allah SWT. The role of Muslims is to analyze the Quranic verses which encourage them to research and ponder the universe to find the truth and meaning of life to fulfill their duties as servants and caliphs of Allah on the earth. Pengenalan Ilmu atau pengetahuan merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu, manusia dapat membezakan antara perkara yang benar dan salah. Manusia merupakan makhluk istimewa dengan daya intelek yang unik. Dalam masyarakat Greek orang yang cintakan ilmu digelar philosophos . Pythagoras merupakan orang terawal yang menggunakan istilah ini yang menggelar dirinya sebagai pencinta kebjaksanaan. Daripada istilah inilah lahirnya perkataan philosophy dan falsafah. Falsafah merupakan satu cabang ilmu yang luas. Falsafah dikaitkan dengan aktiviti berfikir secara kritikal, menyeluruh dan integral. Imam al-Ghazali merupakan antara tokoh Islam terkenal dalam bidang falsafah. Beliau digelar hujjatul Islam . Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=