OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM

32 Pepatah Arab ada mengatakan: “Pembelajaran semasa kecil ibarat memahat pada batu”. Ini bermaksud, apabila pendidikan tidak dapat diasah dengan berkesan seawal usia, boleh menyebabkan pelajar keciciran dalam pelajaran. Terdapat juga dalam kalangan pelajar yang mempunyai akses Internet, tetapi tidak menggunakannya dengan bijaksana dan mengambil peluang dengan menonton video yang melalaikan. Selain itu, gangguan permainan game seperti Mobile Lagend dan Pub-G menyebabkan pelajar hanyut dalam permainan yang tiada kawalan, ketika pembelajaran di rumah dilaksanakan. Walaupun pihak guru memberikan tugasan kepada pelajar secara dalam talian, namun hanya segelintar pelajar sahaja yang dapat menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Sebahagian yang lain mungkin disebabkan isu yang telah disebutkan tadi. Penutup Oleh itu, dengan penutupan sekolah, setiap pihak sama ada ibu bapa dan pihak sekolah perlu bekerjasama dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan para pelajar dapat mengikuti PdP dalam talian dengan baik. Seterusnya, ibu bapa juga perlu bertanya dan berkomunikasi dengan guru sekiranya anak-anak berhadapan dengan masalah pembelajaran. Kita yakin, usaha seperti ini dan pemantauan berterusan akan dapat mempertingkat mutu pembelajaran pelajar. BIBLIOGRAFI Ehwan Ngadi. (2020). COVID19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian. E- Risalah USIM. dari https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-implikasi- pengajaran-dan-pembelajaran-atas-talian/. Akses 2 Disember 2020. Hill, K & Fitzgerald, R. (2020). Student Perspectives on The Impact Of COVID-19 On Learning. AISHE-J , 12 (2), 1-9. BH Online (Januari 20, 2021) Tutup sekolah kerana COVID-19 hanya sebagai langkah terakhir – WHO dari https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/01/778283/ tutup-sekolah-kerana-covid-19-hanya-sebagai-langkah-terakhir-who Akses 26 April 2021. Mohd Faeiz Pauzi Etl. (2020). Covid-19: Pengajaran Dan Pembelajaran Sewaktu Krisis Pandemik. Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid Iii, 2020 (Issn 2636-9885) 96. Shivangi, D. (2020). Online Learning: A Panacea in the Time of COVID-19 Crisis. Journal of Educational Technology Systems 2020, 49(1), 5–22.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=