OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM

30 MASA DEPAN PELAJAR AKIBAT PENUTUPAN SEKOLAH DI MUSIM COVID-19 Oleh: Dr. Zalika binti Adam zalika@usim.edu.my Penulis ialah Zalika binti Adam. Beliau berkhidmat sebagai pensyarah kanan Program Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Bidang kepakaran beliau ialah Linguistik Terapan (Bahasa Arab untuk Tujuan Pelancongan/ASP) dan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Turut berpengalaman dalam menghasilkan anekdot, puisi dan penulisan popular. ABSTRACT This paper explores the impact of the COVID-19 outbreak on individual psychological issues among students at schools. This article shows the potential growths and challenges of implementing e-learning in schools. The effectiveness of e-learning methods for teachers and students from the closure of schools is the preliminary result of this undergoing study. Pengenalan Semenjak penyebaran wabak COVID-19 yang bermula di Wuhan China, banyak berlaku perubahan di dunia secara amnya dan di Malaysia secara khususnya dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan dan sosial. Perubahan turut berlaku dalam kehidupan seharian manusia yang memberi kesan terhadap kerohanian dan kebendaan. Penularan COVID-19 menyebabkan peningkatan kes positif dan ramai yang meninggal dunia. Sebahagian daripada mereka juga berdepan dengan masalah tekanan, cemas dan takut akibat wabak ini. Turut berlaku perubahan dalam metodologi pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar diberi pendedahan pembelajaran dalam talian. Walau bagaimanapun masih ramai pelajar yang berada di pedalaman berdepan dengan masalah capaian Internet. Golongan B40 terutamanya tidak mampu membeli telefon pintar terutamanya bagi keluarga besar. Pembelajaran yang dijalankan secara serentak mengikut jadual waktu sekolah terganggu kerana perbezaan latar belakang pelajar.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=