OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM

3 mengemas kini status mereka di media sosial. Pernyataan ini konsisten dengan tanggapan bahawa generasi Z (Gen Z) yang terdiri daripada golongan muda pada hari ini menggunakan media sosial untuk melepaskan emosi mereka. Oleh yang demikian, keupayaan regulasi emosi atau kemahiran menguruskan emosi amat penting bagi membantu individu berdaya tindak terhadap sebarang masalah yang dihadapinya. Kegagalan meregulasi emosi boleh menyebabkan kemurungan dan menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna media sosial. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh individu untuk mengurus emosi mereka berdasarkan tahap intrapersonal, interpersonal dan hiperpersonal . Walau bagaimanapun, individu berbeza dalam penggunaan setiap strategi regulasi emosi. Keberkesanan setiap strategi juga berbeza mengikut individu. Strategi pertama pengurusan emosi intrapersonal antaranya ialah aktiviti meningkatkan kesedaran (mindfulness), penilaian semula kognitif (cognitive reappraisal), belas kasihan kepada diri sendiri ( self-compassion) dan amalan kerohanian. Penilaian kognitif adalah strategi yang berlaku sebelum tindak balas emosi dihasilkan sepenuhnya. Dengan menyusun semula situasi yang menimbulkan emosi secara berbeza, penilaian semula akan mengubah kesan emosi. Sebagai contoh, seseorang yang menilai situasi yang berlaku sebagai satu hikmah, akan lebih berasa tenang, kurang emosi negatif, meningkatkan penguasaan persekitaran, dan mempromosikan kesejahteraan psikologi. Belas kasihan diri pula merujuk kepada kecenderungan untuk bersikap prihatin dan memahami diri kita sendiri daripada mengkritik atau membuat penilaian yang keras. Belas kasihan diri bermaksud menerima hakikat bahawa kita tidak sempurna. Begitu juga, ketika keadaan kehidupan yang luar biasa sukar, terutamanya semasa pandemik berlaku, orang-orang yang mengasihani diri akan mengambil pendekatan hanya menerima apa yang berlaku dengan redha dan sabar. Amalan kerohanian seperti solat, zikir, mengaji amat membantu dalam mengurangkan tekanan sekaligus memberikan ketenangan emosi. Selain itu, di peringkat interpersonal , individu perlu mencari sistem sokongan seperti rakan dan keluarga untuk mendapatkan sokongan emosi rakan kerana ia dapat mengurangkan tekanan sekali gus meningkatkan tahap kesihatan. Cara lain untuk kekal tenang adalah berkongsi perasaan di media sosial. Ia merupakan strategi pengurusan emosi di peringkat hiperpersonal . Namun demikian, ia boleh menimbulkan kesan yang buruk jika tidak dilakukan dengan berhati-hati. Sebaiknya, pilihlah untuk berkongsi maklumat yang berkualiti dan diperlukan saja bagi mengelakkan terdedah kepada komen negatif yang akhirnya mengganggu emosi.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=