OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM
28 Justeru, optimis adalah satu angkubah dalam diri seseorang yang mencerminkan sejauh mana individu itu berfikir tentang hal dan perkara yang baik. Dalam tempoh fasa kawalan pergerakan ini, individu hendaklah sentiasa membuat perubahan diri dengan memikirkan perkara yang baik sebagai langkah membentuk minda optimis untuk merasa lebih bahagia. Ia boleh dilakukan dengan cara ‘menyuntik pemikiran’ dalam minda seperti; • COVID-19 wabak yang boleh dipulihkan sekiranya patuh kepada arahan dan tempoh PKP adalah baik untuk menghindar diri dan masyarakat dari jangkitan wabak (berfikiran positif). • Tempoh PKP adalah masa yang sesuai untuk aktiviti kekeluargaan dan fasa ‘bonding’ bersama ahli keluarga. • Berfikir tentang aspek ‘hikmah’ kepada diri, keluarga dan norma baharu yang dijalani ekoran daripada wabak. Misalnya aspek ‘kebersihan’ menjadi amalan utama dan cara hidup. Selain itu, setiap individu berupaya menjana pemikiran mereka dengan mengimbas kenangan, memberi perhatian dan menghargai apa sahaja pengalaman yang sedang dan telah dilalui sebelum ini kerana ia boleh mencipta lebih banyak emosi positif dan mengurangkan tekanan semasa dalam diri yang akhirnya membawa kepada rasa bahagia. Beberapa cara boleh dilakukan semasa tempoh kawalan pergerakan berlangsung seperti; • Mengingati kembali detik indah dan menyeronokkan yang pernah dilalui ( savor life joy ) • Melihat kembali album gambar keluarga atau menonton rakaman video keluarga • Berkongsi cerita, detik dan memori indah bersama orang tersayang (secara verbal) Bahagia juga boleh dirasakan sekiranya setiap individu yang sedang bergelut dengan pandemik COVID-19 mengawal diri dan daya tindak bagi mengurangkan rasa kesakitan, derita dan tekanan yang disebabkan oleh pandemik. Ia akan menjadi pencetus kepada perubahan tingkah laku yang lebih baik untuk mencapai matlamat yang diingini. Oleh itu, antara strategi yang boleh dibuat ialah; • Pengurusan masa (membuat jadual harian dirumah untuk pengurusan diri, kerja dan keluarga) • Pelan tindakan kecemasan dan kontigensi barangan dan keperluan asas • Sediakan ruang untuk relaksasi diri dan minda • Lakukan kerja kreatif misalnya permainan, teka-teki, melaksanakan hobi dirumah, meneroka hobi baru untuk mengisi masa seperti membaca, menjahit, menonton, muzik dan lain-lain lagi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=