OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM
27 musibah yang berlaku adalah sebagai satu peringatan penting dari Allah SWT buat hamba- Nya di muka bumi ini. Kebanyakan manusia dilihat hanya tertumpu kepada mengejar material dan arus kemodenan hingga sering mengabaikan keperluan aspek kebahagiaan hidup. Keadaan ini sekali gus memberi pelbagai impak kepada status kehidupan manusia melalui desakan taraf hidup yang tinggi serta cara dan gaya hidup moden yang penuh dengan tekanan. Seorang profesor dalam bidang psikologi politik iaitu Robert Lane dalam penulisan bukunya bertajuk The loss of happiness in advanced market society menyatakan bahawa; “The pressures to maintain material consumption will keep people away from intrinsically more satisfying activities, in particular from spending time with friends and relatives” Petikan tersebut menunjukkan bahawa kepesatan manusia mengejar pembangunan material dan fizikal telah menyebabkan manusia kehilangan aktiviti yang dapat memberi kepuasan peribadi seperti meluangkan masa bersama kawan-kawan dan ahli keluarga. Oleh yang demikian, kawalan pergerakan yang dijalankan semasa pandemik COVID-19 perlu dijadikan sebagai agenda utama bagi setiap individu dan institusi kekeluargaan untuk meluangkan masa, menghargai dan menjalankan aktiviti bersama bagi merapatkan lagi hubungan dan saling melengkapi ke arah kebahagian hidup. Pemikiran Memacu Kebahagiaan Pemikiran manusia seringkali dilabelkan sebagai raja yang berkuasa dalam mengawal setiap urusan. Menurut takrif kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pemikiran optimis bermaksud selalu mempunyai harapan, penilaian dan fikiran yang baik dalam menghadapi sesuatu perkara. Dari perspektif Islam, memelihara akal fikiran adalah salah satu tuntutan dalam Maqasid Shariah iaitu aspek pemikiran yang baik dapat mempengaruhi kebahagiaan hidup seseorang. Mental yang sihat juga dapat meningkatkan kebahagiaan melalui aktiviti ruhiyyah (spiritual). Malah ia dapat mengubati gangguan jiwa, tekanan, meningkatkan ketenangan hati dan lain-lain yang berkait dengan kesihatan mental. Oleh yang demikian, seseorang itu mampu untuk meraih kebahagiaan buat dirinya hasil daripada minda yang sihat serta jiwa yang tenang. Islam juga menyarankan penganutnya untuk berdaya dalam improvisasi diri dan cara berfikir dengan baik sesuai dengan firman Allah dalam surah ar-Rad ayat 11 yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka”.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=