OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM
26 PILIH BAHAGIA SEMASA PANDEMIK COVID-19 Oleh: Dr. Abdul Rashid Abdul Aziz rashid@usim.edu.my Abdul Rashid Abdul Aziz berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kepakaran beliau adalah dalam bidang kaunseling, psikologi positif, kesejahteraan & kesihatan mental. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan termasuklah artikel dalam jurnal berwasit, prosiding akademik, buku akademik, bab dalam buku dan lain-lain. ABSTRACT This article aims to discover the new way of thinking to gain happiness in life. In fact, this paper also aims to explore the cognitive function to attain happiness despite of pandemic COVID- 19. Pengenalan Pandemik COVID-19 yang menyerang Malaysia dan seluruh dunia adalah krisis kesihatan terbesar yang belum bertemu kesudahannya meskipun solusi pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia giat dijalankan. Sehingga pertengahan April 2021, data dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia menunjukkan jumlah kes jangkitan COVID-19 adalah sebanyak 140, 886 773, manakala jumlah kematian direkodkan melebihi 3 juta orang. Angka ini bukan nilai yang boleh dipandang enteng kerana ia melibatkan korban nyawa yang besar. Bahkan ia meragut kebahagiaan yang dikecapi masyarakat sedunia. Malaysia tidak terkecuali apabila rakyat dilihat tidak lagi bahagia seperti dahulu berdasarkan kedudukan Malaysia yang telah jatuh 47 anak tangga daripada kedudukan ke-35 pada 2018 kepada kedudukan ke-82 dalam Indeks Kebahagiaan Dunia pada tahun 2020 selepas wabak COVID-19 ‘menjajah’ hampir setiap pelusuk negara. Susulan pandemik COVID-19 ini juga, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan ini memburukkan keadaan. Kini, sudah tiba masanya untuk setiap individu mengambil hikmah dari musibah yang berlaku ini sebagai satu anjakan untuk berhijrah kepada cara hidup baharu sepertimana yang digariskan dalam Islam bahawa sesuatu bencana atau
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=