OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM

24 Definasi kempen dan aktiviti kempen di Malaysia Menurut Mohd. Hamdan yang dipetik dalam buku Strategi Perhubungan Awam di Malaysia yang terbit pada 2021, pengamal perhubungan awam mestilah pintar berhubung dengan setiap masyarakat sasaran atau masyarakat yang bermanfaat. Masyarakat sasaran adalah masyarakat yang dipilih untuk menjadi tumpuan kempen komunikasi pengamal perhubungan awam. Mesej perhubungan awam dicipta agar disampaikan dengan berkesan kepada masyarakat sasaran yang berkenaan. Pemilihan media oleh pengamal perhubungan awam juga berasaskan media yang diminati masyarakat sasaran. Masyarakat bermanfaat pula adalah juga masyarakat sasaran. Perbezaannya adalah masyarakat bermanfaat mendapat faedah tertentu daripada apa yang disampaikan oleh organisasi, manakala masyarakat sasaran mungkin hanya menerima informasi atau hiburan sahaja. Oleh itu, mengenali setiap masyarakat sasaran atau masyarakat manfaat dengan mendalam barulah pengamal perhubungan awam berjaya dalam apa jua kempen penerangan atau pemujukannya. Hasilnya akan berjaya memupuk perasaan muhibah dan perpaduan antara organisasi dengan masyarakatnya. Di Malaysia secara amnya terdapat pelbagai kempen dijalankan di media utama seperti televisyen, surat khabar dan radio selain kempen yang dijalankan di media sosial. Antara yang terbaharu mendapat liputan Sinar Harian bertarikh 25 April 2021 dengan tajuk Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memperluaskan kempen daftar vaksin kepada komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sepanjang Ramadan bagi membantu pendaftaran penerimaan vaksin Covid-19 rakyat Malaysia . Kempen-kempen seperti daftar vaksinasi dan juga pencegahan dan kesedaran Covid-19 juga sering dipaparkan dikaca televisyen 24 jam sehari. Selain itu kempen di media sosial juga sentiasa dijalankan di Youtube, Facebook, Instagram dan lain-lain. Antara kempen di media sosial adalah Elakkan 3C, Amalkan 3W di Youtube yang mendapat tontonan 82,000 orang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu di Facebook KKM juga melancarkan kempen Daftar Vaksin Sekarang dan Kapsul KKM yang diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat KKM untuk memberi penerangan Covid- 19 kepada rakyat Malaysia. Penutup Kempen merupakan elemen penting komunikasi dalam memberi kesedaran kepada umum, namun kempen semata-mata tidak cukup dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Kerajaan telah melakukan yang terbaik dalam menjalankan kempen ini namun terpulanglah kepada masyarakat untuk mengikutinya. Dalam al-Quran ada menyebut bahawa "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=