OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM

23 KEMPEN KERAJAAN DALAM MENENTANG COVID-19 DI MALAYSIA Oleh: Muhamad Zaki Mustafa zaki@usim.edu.my Penulis ialah pensyarah Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kepakaran beliau adalah dalam bidang perhubungan awam, komunikasi, dakwah dan media baharu. Setakat ini telah menghasilkan penerbitan termasuk buku akademik, bab dalam buku, prosiding akademik dan artikel dalam jurnal berwasit/berimpak. ABSTRACT This article focuses on Malaysian government campaign to fight the COVID-19 pandemic. In this article, the author will highlight what is the campaign and how it is done in Malaysia. Focus of this article is to highlight main campaigns in the mass media and how Malaysians can help and cooperate together to fight this pandemic. Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat yang pesat mendorong perubahan dalam pelbagai bidang, termasuk dalam komunikasi. Strategi komunikasi juga telah berkembang dengan memanfaatkan media yang muncul dari perkembangan teknologi. Kerajaan yang berminat berkomunikasi dengan masyarakat perlu menyesuaikan strategi komunikasinya dalam bentuk kegiatan sehingga pesanan dapat difahami oleh masyarakat yang lebih luas, salah satunya menyesuaikan diri dengan khalayak sebagai penerima maklumat/mesej. Di samping itu, kerajaan juga harus bijak menguruskan pesanan komunikasi penting untuk merapatkan kepentingan masyarakat. Untuk bertindak balas terhadap perkembangan media semasa, pemerintah juga harus menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku di masyarakat. Kerajaan juga boleh menggunakan media sosial untuk kepentingan kempennya sehingga pelbagai program dan aktiviti yang akan, sedang dan telah dijalankan dapat menjangkau masyarakat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=