OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM
21 berlebihan (sama ada sahih atau tidak) yang menjadikan seseorang sukar untuk mencari atau bergantung pada sumber yang boleh dipercayai. Maklumat yang berlebihan dan dalam pelbagai format atau bentuk seperti teks, video dan gambar serta sumber yang dimanipulasi sudah semestinya menyumbang kepada infodemik. Tambahan pula, pengguna media sosial yang terdedah dengan maklumat yang salah atau palsu boleh menyebabkan tindak balas yang negatif seperti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kepada orang lain. Ia kemudian mencetuskan rantaian sosial yang bersikap cemas atau panik. Hal ini juga menunjukkan sekiranya persekitaran negatif terjadi dan dialami dalam jangka masa panjang, ia memberi kesan yang tidak baik kepada akal fikiran, sikap, kesihatan fizikal dan mental seseorang. Malah, dengan penggunaan media baharu dan media digital, sudah tentu situasi tersebut sukar dibendung. Sebagai seorang Muslim dan juga rakyat Malaysia, tanggungjawab ini bukan sahaja perlu dilaksanakan untuk menjaga suasana yang baik dengan ahli keluarga terdekat, bahkan sesama masyarakat yang berbilang bangsa. Dalam erti kata lain, selain berhati-hati dalam menerima dan menyampaikan maklumat, bersikap positif juga bermaksud usaha seorang Muslim untuk sentiasa bersangka baik terhadap Allah meskipun dalam situasi kita dilanda ujian pandemik ini. Dalam sebuah hadith Riwayat Baihaqi, Nabi SAW bersabda: “Bersangka baik kepada Allah adalah berlepas daripada segala hal kecuali Allah SWT.” Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab bersama untuk kita semua wujudkan persekitaran yang positif ketika menghadapi masa-masa sukar, terutamanya untuk meneruskan kehidupan dalam era pandemik ini. Persekitaran negatif perlu diseimbangkan dengan mewujudkan suasana yang positif. Justeru itu, antara kaedah yang boleh dilaksanakan oleh individu adalah menggunakan media sosial dengan sebaiknya untuk memberi mesej positif seperti menyatakan doa, sokongan dan dorongan serta menyampaikan idea atau maklum balas membina. Dalam satu penulisan, Dr. Sarah Lowe, yang merupakan psikologi klinikal dan profesor di Jabatan Sains Sosial dan Tingkah Laku di Yale School of Public Health memberikan pandangan tentang bagaimana masyarakat dapat mengatasi cabaran infodemik yang disebabkan oleh pandemik Covid-19. Menurut beliau, setiap individu disarankan untuk mengehadkan penggunaan media digital dan media sosial, sebagai contoh dengan menggunakan aplikasi ‘ screen time ’ atau paparan masa bagi membolehkan pengurusan masa yang lebih baik. Selain itu, apabila melayari internet, pengguna juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang dipercayai bagi mengelakkan kecelaruan maklumat. Media sosial juga seharusnya dimanfaatkan sebaiknya agar menjadi saluran dalam kalangan pengguna untuk terus berhubung di saat ada ahli keluarga, saudara atau rakan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=